1.0 Pengenalan
Statistik memainkan peranan yang sangat penting dalam kajian untuk memperlihatkan hasil data yang diperolehi. Hal ini demikian kerana, statistik bukan sahaja dapat memberi maklumat kepada pengkaji tetapi juga kepada pembaca. Ini kerana melalui statistik, ia sangat membantu dalam mempersembahkan hasil dapatan yang diperolehi. Umumnya, statistik ialah satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis, dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Data yang diperoleh adalah tidak tersusun dan teratur. Bagi memudahkan pengkaji dan pembaca merujuk kepada data ini, ia mestilah direkodkan secara teratur dan sistematik.Tujuan statistik dilaksanakan adalah untuk menghasilkan maklumat “terbaik” daripada data yang ada, sesetengah pengkaji menggolongkan statistik sebagai cabang teori keputusan. Berdasarkan tugasan yang diberi, pengkaji akan menggunakan kaedah statistik untuk mempersembahkan hasil dapatan yang diperolehi daripada “SurveyMonkey” ke atas lima orang responden dan rakan responden berdasarkan lima domain utama akan dipaparkan di bawah.
2.0 Pernyataan Masalah
Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain. Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.
Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.
3.0 Soalan Kajian
Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?
4.0 Objektif Kajian.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.
5.0 Metodologi Kajian
Kajian tentang personaliti seseorang rakan Facebook ini dilakukan dengan menggunakan metodologi tertentu. Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini.
6.0 Persampelan
Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori personaliti. Pembahagian kategori personaliti bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.
7.0 Prosedur Kajian
7.1 Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.
7.2 Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka
7.3 Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4; dan Responden neurotik dikodkan R5.
7.4 Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan B; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan C; kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan D; dan kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan E.
7.5 Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4; dan Rakan R5 dikodkan RR5.
7.6 Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan. Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan. Jawapan pilihan responden diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.
7.7 Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran). Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.
7.8 Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.
7.9 Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.
8.0 Analisis kajian
.
8.1 Berdasarkan jadual di atas didapati 67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang menyakinkan dengan 78% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 73%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah menyakinkan.
8.2 Berdasarkan jadual di atas didapati 67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang kurang menyakinkan dengan 62% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah kurang menyakinkan.
8.3 Berdasarkan jadual di atas didapati 78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang tidak menyakinkan dengan 89% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 84%. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah tidak menyakinkan.
8.4 Berdasarkan jadual di atas didapati 67% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 67%. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah menyakinkan.
8.5 Berdasarkan jadual di atas didapati 78% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang menyakinkan dengan 67% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 73%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah menyakinkan.
9.0 Rumusan Kajian
SSebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan daripada posting yang dibuat oleh pengguna tersebut. Dalam kajian ini, komen yang terpapar dalam Facebook adalah menyakinkan. Hal ini kerana kelima-lima responden mempunyai kolerasi yang menyakinkan. Ini bermakna tanggapan personaliti rakan Facebook boleh diterima dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam Facebook.
Apasal tak siap lagi ni?
Cara kira % korelasi R & RR tanpa menggunakan jari kaki.
Peratus korelasi R & RR banyak yang salah. Tahu kirakah? Contoh:
1. 78 + 67 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
2. 55 + 55 = 110/2 = 55 (kurang menyakin)
3. 78 + 78 = 156/2 = 78 (meyakinkan)
4. 67 + 78 = 145/2 = 72.5 (meyakinkan)
5. 78 + 89 = 167/2 = 83.5% (meyakinkan)
Pengumuman Penting!
Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden.
Skala 70% – 100% dianggap menyakinkan; (telah diubah 60 – 100%)
skala 40% – 69% dianggap kurang menyakinkan; (telah diubah 40 – 59%)
skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.
8.4 hingga 9.0 tidak dilengkapkan hasil dapatannya.