4.2.3 Pembentukan Ayat
Analisis Pembentukan Ayat
Sintaksis berasal dari bahasa Yunani, iaitu “sun” yang bererti “dengan” dan kata “tattein” yang bererti “menempatkan”. Jadi, secara etimologi bremaksud: menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata atau perkataan. Selain dari bahasa Yunani, sintaksis juga berasal dari bahasa Belanda yaitu syntaxis. Sintaksis juga berasal dari bahasa Inggris iaitu syntax. Istilah sintaksis (Belanda, Syntaxis) ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok wacana, kalimat, klausa dan frase (Ramlan 2001:18).
Menurut Gleason (1955) “Syntax maybe roughly defined as the principles of arrangement of the construction (word) into large constructions of various kinds.” Ertinya adalah sintaksis mungkin dikaitkan dari definisi prinsip aransemen konstruksi (kata) ke dalam konstruksi besar dari bermacam-macam variasi. Berbeda dengan Robert (1964:1) yang berpendapat bahawa sintaksis adalah bidang tatabahasa yang menelaah hubungan kata-kata dalam perkataan dan cara-cara menyusun kata-kata itu untuk membentuk sebuah ayat. Selain iatu, Ramlan (1976:57) menyebutkan bahawa sintaksis adalah sebahagian dari tatabahasa yang membicarakan struktur frasa dan perkataan.
Sintaksis adalah bahagian dari pengetahuan linguistik yang menelaah struktur perkataan (Fromkin dan Rodman 1983:200). Sejajar dengan itu, Kridalaksana (1993) berpendapat bahawa sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup tentang kata yang sering dianggap bahagian dari gramatika, iaitu morfologi dan cabang linguistik yang mempelajari tentang kata. Selain itu, beliau juga mendefinisikan sintaksis sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuan terkecil dalam bidang ini adalah kata. Menurut aliran struktural, sintaksis diertikan sebagai subdisiplin linguistik yang mempelajari tata susun frasa sampai perkataan. Dengan demikian ada tiga tataran gramatikal yang menjadi garapan sintaksis, iaitu: frasa, klausa, dan kalimat (Suparno 1993: 81).
“The system of the rules and categories that underlines sentence formation in human language” (O’ Grady, et. al. 1997). Artinya adalah aturan dalam sistem pola kalimat dasar dalam bahasa manusia. Sedangkan Verhaar (1999:161) mendefinisikan bahwa sintaksis adalah tatabahasa yang membahas hubungan antar perkataan dalam tuturan. Pendapat tersebut diperkukuhkan oleh Arifin dan Junaiyah (2008:1) bahwa sintaksis membicarakan hubungan antarkata dalam tuturan.
Pendapat lain tentang pengertian sintaksis bahawa sintaksis merupakan bidang subdisiplin linguistik yang mempelajari hubungan antarkata dalam tuturan yang meliputi tata susun frase, tata susun klausa, dan tata susun ayat dalam suatu bahasa(Arifin 2009).
Dialek Nibong Tebal (ayu & Rafeah) |
Bahasa Melayu Standard |
Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25. | Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25. |
Rafeah : Nama aku pulak Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. | Rafeah : Nama aku pula Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. |
Ayu : nama | Ayu : nama |
Rafeah : Wei aku tak melawak. Hampa try try cari kalau hampa nak add friendlist hampa ghamai-ghamai boh la aku. Aku ni hotsentap skit | Rafeah : Wei aku tidak melawak. Kamu try try cari kalau kamu nak add friendlist hampa ramai-ramai letak la aku. Aku ni hotsentap sikit. |
Ayu : Peah apa nama.. haghi ni hang wat apa | Ayu : Peah apa nama hari ni awak buat apa |
Rafeah : haghi ni. haghi ni, rutin harian aku ni, aku bangon tidoq lambat skit. Tu. lpas tu aku bangon tidoq, tak tau nak wat apa suma, pi mai, pi mai tak tau nak wat apa aku dok jaga anak menakan aku tudia ja. Lepas tu aku tengok kakak aku suma keluaq pi mana tak tau tinggai aku. Pas tu depa balek aku tengok. Aku tengok depa dua ekoq tu demam. Abang ipaq aku dengan kakak aku. Aku hajak depa pi pasar malam, pasaq malam kat Jawi tu sebab aku boring, aku tak tau nak wat apa petang-petang depa bawak aku pi pasar malam. Tu aku pi la beli murtabak | Rafeah : hari ni. hari ni, rutin harian aku ni, aku bangun tidur lambat sikit. itu. lepas itu aku bangun tidur, tidak tahu nak buat apa semua, pergi mari, pergi mari tidak tahu nak buat apa aku tengah jaga anak saudara aku itu dia sahaja. Lepas itu aku tengok kakak aku semua keluar pergi mana tidak tahu tinggal aku. Pas tu meraka balik aku tengok. Aku tengok mereka dua ekor itu demam. Abang ipar aku dengan kakak aku. Aku ajak depa pergi pasar malam, pasar malam di Jawi itu sebab aku boring, aku tidak tahu nak buat apa petang-petang mereka bawa aku pergi pasar malam. itu aku pergi la beli murtabak |
Ayu : Ni sat la aku nak tanya hang. Abang ipaq hang oghang mana? | Ayu : ini sekejap la aku nak tanya kamu. Abang ipar kamu orang mana? |
Rafeah : Ha.. abang ipaq aku orang Sik Kedah nu. Kalau aku bawak pun hampa tak mau pi aih. Jaoh gila mampuih | Rafeah : Ha.. abang ipar aku orang Sik Kedah sana. Kalau aku bawa pun hampa tidak mahu pergi aih. Jauh gila mampus |
Ayu : Ni apa nama dia gheja apa kat mana kami nak tanya hampa | Ayu : ini dia kerja apa di mana kami nak tanya kamu |
Rafeah : dia gheja emegresyen kat ni, kat Penang | Rafeah: dua kerja imegresen di ini, di Penang |
Ayu : ooi… | Ayu : ooi… |
Rafeah : bahagian passport sebab tu dia duk kat airport | Rafeah : bahagian passport sebab itu dia duduk di airport |
Ayu : ha.. bahagian passport ka.. | Ayu : ha.. bahagian passport ke.. |
Rafeah : ha.. dia duk kat bahagian passport. Sebab tu dia buleh duk kat airport | Rafeah : ha.. dia duduk di bahagian passport. Sebab itu dia boleh duduk di airport |
Ayu : hampa silap kot | Ayu : hampa silap kot |
Rafeah : aku duk ghasa lagu tu yang aku tau | Rafeah : aku duk rasa lagu itu yang aku tahu |
Ayu : hmm.. tak pa la macam mana pun tak pa. ni kami nak tanya hampa, depa dah kawen lama ka? Depa dah ada beghapa oghrang anak dah | Ayu : hmm.. tidak mengapa la macam mana pun tidak mengapa. ini kami nak tanya kamu, mereka dah kawin lama ke? mereka dah ada berapa orang anak dah. |
Rafeah : kakak aku yang dah kawen tiga oghang. Aku ada lima orang kakak. Sorang adik. Total semua ada tujuh oghang beghadik la no. tu yang sorang yang first tu. Kakak aku yang sulong kan | Rafeah : kakak aku yang dah kawin tiga orang. Aku ada lima orang kakak. Seorang adik. Total semua ada tujuh orang beradik la nor. tu yang seorang yang first itu. Kakak aku yang sulung kan |
Ayu : ni hampa ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beghadik sebenaqnya | Ayu : ini kamu ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beradik sebenarnya |
Rafeah : kami nak ceghita pasai abang ipaq kami, hang sabaq la kami dah ada tiga oghang abang ipaq dah | Rafeah : kami nak cerita pasal abang ipar kami, kamu sabar la kami dah ada tiga orang abang ipar dah |
Ayu : oo.. kami paham dah | Ayu : oo.. kami paham dah |
Rafeah : abang ipaq yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawen 2010. Masa tu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pulak, emm.. kawen taun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. hat ni la yang aku tengah sembang ni kawen taun ni 2013. dua haghibulan tiga haghi tu kawen. Mana nak ada anak lagi. Awai lagi. | Rafeah : abang ipar yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawin 2010. Masa itu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pula, emm.. kawin tahun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. yang ini la yang aku tengah sembang ni kawin tahun ni 2013. dua haribulan tiga hari itu kawin. Mana nak ada anak lagi. Awal lagi. |
Ayu : oo.. ni aku nak tanya ni tadi hang duk kata duk ceghita mai kat kami, baguih punya kata hang pi pasar malam tu. Hang pi dengan abang ipaq hang yang mana dengan kak hang yang mana? | Ayu : oo.. ini aku nak tanya ini tadi kamu tengah kata tengah cerita mari ke kami, bagus punya kata kamu prgi pasar malam itu. Awak prgi dengan abang ipar awak yang mana dengan kak awak yang mana? |
Rafeah : kak aku yang ni la yang aku duk sembang nombor tiga baru kawen ni. | Rafeah : kakak aku yang ini la yang aku tengah sembang nombor tiga baru kawin ini. |
Ayu : ni aku nak tanya hang. Kami nak tanya hampa. Hampa nak pi pasar malam kat mana? Beli apa lagi banyak-banyak kat sana? Best ka? | Ayu : ini aku nak tanya kamu. Kami nak tanya kamu. Kamu nak prgi pasar malam di mana? Beli apa lagi banyak-banyak di sana? Best ka? |
Rafeah : pasaq malam tu tak besaq mana sangat so aku beli pun tak banyak mana la ceghita dia. | Rafeah : pasar malam itu tidak besar mana sangat so aku beli pun tidak banyak mana la cerita dia. |
Ayu : hang.. hang beli apa, hang beli pasemboq dak? | Ayu : awak.. awak beli apa, awak beli pasembur tak? |
Rafeah : pasembong tu aku beli jugak la, murtabak aku beli. Lpas tu aku beli.. | Rafeah : pasembur tu aku beli juga la, muratabak aku beli. Lepasi tu aku beli.. |
Ayu : cucoq udang.. cucoq udang | Ayu : cucor udang.. cucor udang |
Rafeah : cucoq udang aku beli jugak. Tu kegemaran aku, aku suka makan jugak. | Rafeah : cucor udang aku beli juga. itu kegemaran aku, aku suka makan juga. |
1) Ayat Tanya
Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa kata tanya seperti siapa, apa, mengapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya untuk membantu pengguna membina ayat tanya. Adakala kata tanya ini disusuli kata penegas -kah pada hujung kata tanya itu, seperti siapakah, dan apakah. Pada mulanya, kita perlu memahami konsep kata tanya.
Kamus Dewan (1994), pula mentakrifkan kata sebagai ‘sesuatu yang diucapkan atau dituturkan’ manakala tanya pula ditakrifkan sebagai ‘permintaan keterangan (penjelasan dll)’ Jika digabungkan kedua-dua kata, maka maknanya menjadi lebih kurang seperti yang berikut: ‘sesuatu yang diucapkan atau dituturkan untuk tujuan meminta keterangan atau penjelasan’. Maksudnya, kata tanya diajukan untuk mendapat keterangan dan penjelasan tentang sesuatu, seperti ‘Apa khabar kamu sekarang?’, ‘Siapakah yang melakukan perkara terkutuk ini?’ dan ‘Mengapa dia tidak pulang semalam?’
Menurut Tatabahasa Dewan (1994:243), kata tanya bermaksud ‘perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kalau kata tanya dikedepankan, maka kata tanya itu hendaklah disertai partikel kah. mendukung makna soalan, contohnya: mengapa, berapa, bila, dan bagaimana’. Sementara itu, Kamus Linguistik (1997:120) mentakrifkan kata tanya sebagai ‘kata yang digunakan sebagai penanda ayat tanya. Antaranya termasuk sendi nama tanya atau adverba tanya, dan ganti nama tanya’.
Dialek Nibong Tebal
|
Bahasa Melayu Standard |
Ayu : Ni apa nama dia gheja apa kat mana kami nak tanya hampa | Ayu : ini apa nama dia kerja apa di mana kami nak tanya kamu |
Ayu : Ni sat la aku nak tanya hang. Abang ipaq hang oghang mana? | Ayu : ini sekejap la aku nak tanya kamu. Abang ipar kamu orang mana? |
Ayu : hmm.. tak pa la macam mana pun tak pa. ni kami nak tanya hampa, depa dah kawen lama ka? Depa dah ada beghapa oghrang anak dah | Ayu : hmm.. tidak mengapa la macam mana pun tidak mengapa. ini kami nak tanya kamu, mereka dah kawin lama ke? mereka dah ada berapa orang anak dah. |
Berdasarkan data di atas didapati kata Tanya dalam dialek NIbong Tebal hanya menggunkan ‘apa’, ‘mana’ dan ‘ka’ sebagai kata Tanya di samping penggunaan perkataan ‘tanya’ turut diucapkan.
2) Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ayat penyata juga ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Ayat contoh:
- Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
- Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
- Dia suka menonton rancangan televisyen.
- Datuk sedang berehat di ruang tamu.
- Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.
Dialek Nibong Tebal
|
Bahasa Melayu Standard |
Rafeah : aku duk ghasa lagu tu yang aku tau | Rafeah : aku asyik rasa macam itu yang aku tahu |
Rafeah : Ha.. abang ipaq aku orang Sik Kedah nu. Kalau aku bawak pun hampa tak mau pi aih. Jaoh gila mampuih | Rafeah : Ha.. abang ipar aku orang Sik Kedah sana. Kalau aku bawa pun hampa tidak mahu pergi aih. Jauh gila mampus |
Rafeah : dia gheja emegresyen kat ni, kat Penang | Rafeah: dua kerja imegresen di ini, di Penang |
Berdasarkan data dia atas didapati ayat pertama adalah pernyataan Rafeah yang dia mengetahui hal itu. Ayat yang kedua pula Rafeah memberitahu asal usul abang iparnya dan jarak lokasi rumah abang iparnya. Ayat ketiga pula Rafeah menyatakan lokasi abang iparnya bekerja.
3) Ayat Perintah
Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Ayat perintah dalam buku Tatabahasa Dewan (2009 : 448) terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Buku Tatabahasa Bahasa Malaysia (1991:262) membahagikan ayat perintah kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat harapan, ayat permintaan dan ayat ajakan. Ayat perintah dalam buku Nahu Melayu Moden (1986:188) pula terdiri daripada lima jenis iaitu ayat perintah atau suruhan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat harapan dan ayat larangan.
Dialek Nibong Tebal
|
Bahasa Melayu Standard |
Rafeah : kami nak ceghita pasai abang ipaq kami, hang sabaq la kami dah ada tiga oghang abang ipaq dah | Rafeah : kami nak cerita pasal abang ipar kami, kamu sabar la kami dah ada tiga orang abang ipar dah |
Berdasarkan ayat di atas didapati ayat yang bergaris telah menggambarkan ayat permintaan atau menyuruh untuk bertenang sebelum Rafeah habis bercerita kepada Ayu.
4) Ayat Tunggal
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Dialek Nibong Tebal
|
Bahasa Melayu Standard |
Ayu : hampa silap kot | Ayu : mungkin kamu silap |
Ayu : oo.. kami paham dah | Ayu : oo.. kami faham dah |
Berdasarkan data di atas didapati kedua-dua ayat tersebut adalah ayat tunggal iaitu terdapat satu subjek dan predikat.
Subjek |
Predikat |
Hampa |
silap kot |
Kami |
paham dah |
Rumusan
Kesimpulannya ayat-ayat yang terdapat dalam dialek Nibong Tebal dan bahasa Melayu Standard terdapat persamaan dan perbezaan tertentu. Ayat-ayat yang terdapat dalam dialek Nibong Tebal jelas menunjukkan tidak mematuhi peraturan tatabahasa Melayu dan seperti biasa mempunyai unsur kependekan terutamanya dalam ayat soal.