4.2.2 Pembentukan Kata
Analisis Pembentukan Kata
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, 2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 : 43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal–soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk–bentuk terikat antara konsituen–konsituennya”. Morfologi meliputi konstruksi kata–kata dan bahagian kata.
Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.
Dialek Nibong Tebal (ayu & Rafeah) |
Bahasa Melayu Standard |
Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25. | Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25. |
Rafeah : Nama aku pulak Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. | Rafeah : Nama aku pula Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. |
Ayu : nama | Ayu : nama |
Rafeah : Wei aku tak melawak. Hampa try try cari kalau hampa nak add friendlist hampa ghamai-ghamai boh la aku. Aku ni hotsentap skit | Rafeah : Wei aku tidak melawak. Kamu try try cari kalau kamu nak add friendlist hampa ramai-ramai letak la aku. Aku ni hotsentap sikit. |
Ayu : Peah apa nama.. haghi ni hang wat apa | Ayu : Peah apa nama hari ni awak buat apa |
Rafeah : haghi ni. haghi ni, rutin harian aku ni, aku bangon tidoq lambat skit. Tu. lpas tu aku bangon tidoq, tak tau nak wat apa suma, pi mai, pi mai tak tau nak wat apa aku dok jaga anak menakan aku tudia ja. Lepas tu aku tengok kakak aku suma keluaq pi mana tak tau tinggai aku. Pas tu depa balek aku tengok. Aku tengok depa dua ekoq tu demam. Abang ipaq aku dengan kakak aku. Aku hajak depa pi pasar malam, pasaq malam kat Jawi tu sebab aku boring, aku tak tau nak wat apa petang-petang depa bawak aku pi pasar malam. Tu aku pi la beli murtabak | Rafeah : hari ni. hari ni, rutin harian aku ni, aku bangun tidur lambat sikit. itu. lepas itu aku bangun tidur, tidak tahu nak buat apa semua, pergi mari, pergi mari tidak tahu nak buat apa aku tengah jaga anak saudara aku itu dia sahaja. Lepas itu aku tengok kakak aku semua keluar pergi mana tidak tahu tinggal aku. Pas tu meraka balik aku tengok. Aku tengok mereka dua ekor itu demam. Abang ipar aku dengan kakak aku. Aku ajak depa pergi pasar malam, pasar malam di Jawi itu sebab aku boring, aku tidak tahu nak buat apa petang-petang mereka bawa aku pergi pasar malam. itu aku pergi la beli murtabak |
Ayu : Ni sat la aku nak tanya hang. Abang ipaq hang oghang mana? | Ayu : ini sekejap la aku nak tanya kamu. Abang ipar kamu orang mana? |
Rafeah : Ha.. abang ipaq aku orang Sik Kedah nu. Kalau aku bawak pun hampa tak mau pi aih. Jaoh gila mampuih | Rafeah : Ha.. abang ipar aku orang Sik Kedah sana. Kalau aku bawa pun hampa tidak mahu pergi aih. Jauh gila mampus |
Ayu : Ni apa nama dia gheja apa kat mana kami nak tanya hampa | Ayu : ini dia kerja apa di mana kami nak tanya kamu |
Rafeah : dia gheja emegresyen kat ni, kat Penang | Rafeah: dua kerja imegresen di ini, di Penang |
Ayu : ooi… | Ayu : ooi… |
Rafeah : bahagian passport sebab tu dia duk kat airport | Rafeah : bahagian passport sebab itu dia duduk di airport |
Ayu : ha.. bahagian passport ka.. | Ayu : ha.. bahagian passport ke.. |
Rafeah : ha.. dia duk kat bahagian passport. Sebab tu dia buleh duk kat airport | Rafeah : ha.. dia duduk di bahagian passport. Sebab itu dia boleh duduk di airport |
Ayu : hampa silap kot | Ayu : hampa silap kot |
Rafeah : aku duk ghasa lagu tu yang aku tau | Rafeah : aku duk rasa lagu itu yang aku tahu |
Ayu : hmm.. tak pa la macam mana pun tak pa. ni kami nak tanya hampa, depa dah kawen lama ka? Depa dah ada beghapa oghrang anak dah | Ayu : hmm.. tidak mengapa la macam mana pun tidak mengapa. ini kami nak tanya kamu, mereka dah kawin lama ke? mereka dah ada berapa orang anak dah. |
Rafeah : kakak aku yang dah kawen tiga oghang. Aku ada lima orang kakak. Sorang adik. Total semua ada tujuh oghang beghadik la no. tu yang sorang yang first tu. Kakak aku yang sulong kan | Rafeah : kakak aku yang dah kawin tiga orang. Aku ada lima orang kakak. Seorang adik. Total semua ada tujuh orang beradik la nor. tu yang seorang yang first itu. Kakak aku yang sulung kan |
Ayu : ni hampa ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beghadik sebenaqnya | Ayu : ini kamu ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beradik sebenarnya |
Rafeah : kami nak ceghita pasai abang ipaq kami, hang sabaq la kami dah ada tiga oghang abang ipaq dah | Rafeah : kami nak cerita pasal abang ipar kami, kamu sabar la kami dah ada tiga orang abang ipar dah |
Ayu : oo.. kami paham dah | Ayu : oo.. kami paham dah |
Rafeah : abang ipaq yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawen 2010. Masa tu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pulak, emm.. kawen taun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. hat ni la yang aku tengah sembang ni kawen taun ni 2013. dua haghibulan tiga haghi tu kawen. Mana nak ada anak lagi. Awai lagi. | Rafeah : abang ipar yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawin 2010. Masa itu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pula, emm.. kawin tahun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. yang ini la yang aku tengah sembang ni kawin tahun ni 2013. dua haribulan tiga hari itu kawin. Mana nak ada anak lagi. Awal lagi. |
Ayu : oo.. ni aku nak tanya ni tadi hang duk kata duk ceghita mai kat kami, baguih punya kata hang pi pasar malam tu. Hang pi dengan abang ipaq hang yang mana dengan kak hang yang mana? | Ayu : oo.. ini aku nak tanya ini tadi kamu tengah kata tengah cerita mari ke kami, bagus punya kata kamu prgi pasar malam itu. Awak prgi dengan abang ipar awak yang mana dengan kak awak yang mana? |
Rafeah : kak aku yang ni la yang aku duk sembang nombor tiga baru kawen ni. | Rafeah : kakak aku yang ini la yang aku tengah sembang nombor tiga baru kawin ini. |
Ayu : ni aku nak tanya hang. Kami nak tanya hampa. Hampa nak pi pasar malam kat mana? Beli apa lagi banyak-banyak kat sana? Best ka? | Ayu : ini aku nak tanya kamu. Kami nak tanya kamu. Kamu nak prgi pasar malam di mana? Beli apa lagi banyak-banyak di sana? Best ka? |
Rafeah : pasaq malam tu tak besaq mana sangat so aku beli pun tak banyak mana la ceghita dia. | Rafeah : pasar malam itu tidak besar mana sangat so aku beli pun tidak banyak mana la cerita dia. |
Ayu : hang.. hang beli apa, hang beli pasemboq dak? | Ayu : awak.. awak beli apa, awak beli pasembur tak? |
Rafeah : pasembong tu aku beli jugak la, murtabak aku beli. Lpas tu aku beli.. | Rafeah : pasembur tu aku beli juga la, muratabak aku beli. Lepasi tu aku beli.. |
Ayu : cucoq udang.. cucoq udang | Ayu : cucor udang.. cucor udang |
Rafeah : cucoq udang aku beli jugak. Tu kegemaran aku, aku suka makan jugak. | Rafeah : cucor udang aku beli juga. itu kegemaran aku, aku suka makan juga. |
a) Analisis Pemilihan Kata
1. Kata Ganti Nama Diri
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
hampa |
kamu (jamak/tunggal) |
2 |
kami |
saya |
3 |
depa |
Mereka |
4 |
aku |
Saya |
5 |
hang |
kamu (tunggal) |
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Berdasarkan data di atas didapati terdapat banyak perbezaan di antara dialek Nibong Tebal dengan bahasa Melayu Standard.
Kebanyakan penggunaan kata ganti nama diri dalam dialek Nibong Tebal tidak mengikut sistem kata ganti nama diri pertama yang dalam bahasa Melayu Standard seperti ‘hang’ yang merujuk kepada ‘kamu’ dalam bentuk tunggal. Berbeza pula dengan ‘hampa’ yang juga merujuk kepada ‘kamu’ bagi menunjukan kata ganti nama diri yang kedua yang boleh digunakan dalam bentuk jamak atau tunggal. Penggunaan ‘depa’ pula merujuk kepada ‘mereka’ bagi kata ganti nama diri yang ketiga.
Selain itu, penggunaan ‘kami’ dan ‘aku’ yang merujuk kepada ‘saya’ dalam penutur dialek ini adalah perkara biasa. Walaupun ‘kami’ berbentuk jamak dan ‘aku’ kelihatan kasar pada penutur bukan dialek Nibong Tebal.
2.Kata Hubung
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Kat |
Di |
2 |
Tudia |
Itu |
3 |
Hat |
Yang |
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata; dan ayat dengan ayat. Berdasarkan data di atas didapati terdapat beberapa perkaatan yang berbeza digunakan untuk kata hubung. Hal ini sama sekali berbeza daripada bahasa Melayu Standard seperti perkataan ‘kat’, ‘tudia’ dan ‘hat’
3. Kata Nama
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Menakan |
anak saudara |
2 |
Dok |
tengah/asyik |
3 |
tak pa |
tidak mengapa |
4 |
Mau |
Mahu |
5 |
Dak |
Tidak |
6 |
Lagu |
Macam |
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Berdasarkan data di atas didapati kata nama dialek Nbong Tebal amat berbeza dengan bahasa Melayu Standard. Sesuatu kata itu mengandungi satu suka kata sahaja dan terdapat perkataan yang tiada dalam daftar kamus dewan. Terdapat juga perkataan yang bersifat polisemi iaitu perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna seperti perkataann ‘lagu’
4. Kata Kerja
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Mai |
mari |
2 |
Tau |
tahu |
3 |
Boh |
letak |
4 |
Pi |
pergi |
5 |
Hajak |
ajak |
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Berdasarkan data di atas didapati kebanyakan kata kerja mengalami pengguguran fonem. Selain itu terdpat juga kata kerja yang menerima imbuhan awalan fonem [h].
5. Kata Tanya
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Awat |
kenapa |
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Berdasarkan data di atas didapati kata Tanya dalam dialek Nibong Tebal amat berbeza sekali dengan bahsa Melayu Standard.
a) Analisis Leksikal Baru
Leksikal baru merupakan leksikal yang tiada dalam daftar kata bahasa Melayu Standard. Pengkaji telah merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat. Leksikal baru ini biasanya hanya terdapat dalam penutur dialek itu sahaja.
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Wei |
(sejenis permulaan panggilan) |
2 |
Hang |
kamu (tunggal) |
3 |
Hat |
Yang |
4 |
Menakan |
anak saudara |
5 |
Tudia |
itu (perkataan yang digunakan dalam situasi tertentu) |
Penerbitan leksikal baru boleh dikatakan pembentukannya melalui ‘neologisme’. Neologisme merujuk kepada fenomena penciptaan kata baru yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Selain itu, ia juga boleh merujuk kepada fenomena penerbitan maksud baru untuk sesuatu perkataan. Neologisme adalah disebabkan oleh beberapa sebab iaitu:
- Kemunculan Idea Baru.
- Perubahan Konteks Budaya
- Sifat Bahasa yang Dinamiks
Neologisme sebenarnya adalah suatu pekara yang biasa yang berlaku di dalam masyarakat. Namun begitu, kata-kata yang baru dicipta oleh seseorang itu harus melalui ujian ahli lingustik dan juga masyarakat itu sendiri untuk menjadi sebuah perkataan yang mantap dan diterima umum. Bagi ahli lingustik, neologisme adalah tidak digalakkan sekiranya terdapat perkataan lama yang mampu menyampaikan maksud yang sama untuk perkataan baru itu. Dengan kata lain, neologisme hanya digalakkan sekiranya ia adalah perlu, iaitu semasa tiada kata lama yang dapat menyampaikan sesuatu ideal yang baru. Ahli masyarakat secara umumnya akan mempunyai reaksi yang berbeza-beza terhadap neologisme, ada yang suka dan ada yang bantah. Mereka yang suka kepada neologisme mungkin kerana “ia rasa sedap”. Sekiranya sesuatu perkataan yang baru yang berjaya melalui ujian-ujian ini, maka ia akan diterima masuk ke dalam kamus dan dengan itu ia akan menjadi perkataan yang mantap
b) Analisis Penggandaan
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Beghadik |
adik-beradik |
Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Penggandaan dalam dialek Nibong Tebal kurang jelas jika dilihat dalam contoh. Namun contoh tersebut sudah membawa maksud ‘adik-beradik’ dan telah difahami oleh penutur natif dialek ini. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat didapati perkataan beradik membawa maksud mempunyai atau ada adik dan kategori penggandaanya dalah penggandaan separa depan.
c) Analisis Pengguguran Suku Kata
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Kat |
dekat |
2 |
Pa |
kenapa/apa |
3 |
Dak |
tidak |
4 |
Duk |
duduk |
5 |
Tu |
itu |
6 |
Ni |
ini |
7 |
Wat |
buat |
Pengguguran suku kata merupakan perkara lazim dalam dialek Nibong Tebal. Perkara ini sama sekali tidak terdapat dalam bahasa Melayu Standard. Kebiasaanya suku kata awal yang akan digugurkan. Hal ini kerana penutur dialek Nibong Tebal atau dialek utara ini amat terkenal dengan cara pertuturannya yang laju. Maka kebanyakan perkataan telah dipendekan dengan menggugurkan suku kata awal.
d) Analisis Pengguguran Fonem
Bil. |
Dialek Nibong Tebal |
Bahasa Melayu Standard |
1 |
Mau |
mahu |
2 |
Mai |
mari |
3 |
Skit |
sikit |
4 |
Lpas |
lepas |
Pengguguran fonem juga merupakan perkara lazim dalam dialek Nibong Tebal. Perkara ini kurang berlaku dalam bahasa Melayu Standard. Kebiasaanya vokal yang akan digugurkan. Hal ini kerana penutur dialek Nibong Tebal atau dialek utara ini amat terkenal dengan cara pertuturannya yang laju. Maka kebanyakan perkataan telah dipendekan dengan menggugurkan fonem.
e) Analisis Penukaran Kod
Dialek Nibong Tebal
|
Bahasa Melayu Standard |
Rafeah : Nama aku pulak Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. | Rafeah : Nama aku pula Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada. |
Rafeah : kakak aku yang dah kawen tiga oghang. Aku ada lima orang kakak. Sorang adik. Total semua ada tujuh oghang beghadik la no. tu yang sorang yang first tu. Kakak aku yang sulong kan | Rafeah : kakak aku yang dah kawin tiga orang. Aku ada lima orang kakak. Seorang adik. Total semua ada tujuh orang beradik la nor. tu yang seorang yang first itu. Kakak aku yang sulung kan |
Charles A. Ferguson (1959) pula mengatakan bahawa penukaran kod bermaksud penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu tinggi, rasmi dan formal manakala yag satu lagi rendah, tidak rasmi dan tidak formal. Kedwibahasaan juga boleh dikaitkan dengan penukaran kod. Kedwibahasaan juga dikenali sebagai bilingualisme (daripada perkataan Inggeris bilingualism), iaitu pertama wujud keadaan bahawa seseorang itu mengetahui dan menguasai dua bahasa, dan kedua ialah mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam kehidupan seharian.
Rumusan
Setelah meneliti dan menganalisis kesemua data dalam aspek pembentukan kata, pengkaji mendapati terdapat banyak perbezaan di antara dialek Nibong Tebal dengan bahasa Melayu Standard. Terdapat proses yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu Standard seperti proses pengguguran suku kata. Hal ini berlaku disebabkan factor sosiol masyarakat setempat. Di dalam dialek Nibong Tebal juga terdapat pelbagai kata yang tidak terdapat dalam daftar kata bahasa Melayu Standard. Penggunaan kata Kerja, kata Tanya dan kata Nama juga amat berbeza daripada bahasa Melayu Standard.