Sebutan

4.2.1 Sebutan

Analisis Sebutan

Dalam bahagian ini pengkaji akan melihat perbezaan dialek Nibong Tebal-Pulau Pinang dengan bahasa Melayu Standard. Perbezaan yang dilihat adalah berdasarkan ujaran yang diujarkan melalui perbezaan fonetik dan fonologi masing-masing.

Istilah fonologi ini berasal dari gabungan dua kata Yunani yaitu ‘phone’ yang bermaksud bunyi dan ‘logos’ yang bererti kata, atau ilmu disebut juga bunyi.  Akan tetapi, bunyi yang dipelajari dalam fonologi bukan bunyi sekadar bunyi sahaja, melainkan bunyi bahasa yang dapat membezakan makna dalam bahasa lisan mahupun tulisan yang digunakan oleh manusia. Bunyi yang dipelajari dalam fonologi kita disebut dengan istilah fonem.

Berikut pengertian Fonologi menurut para ahli akademik.

1.       Menurut Kridalaksana (2002) dalam kamus linguistik, fonologi adalah bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya.

2.       Menurut Abdul Chaer (2003:102), secara etimologi istilah “fonologi” ini dibentuk dari kata “fon” yang bermakna “bunyi” dan “logi”  yang bererti “ilmu”. Jadi, secara umumnya dapat dikatakan bahawa fonologi merupakan ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa pada umumnya.

3.       Verhaar (1984:36) mengatakan bahwa fonologi  merupakan bidang khusus dalam linguistik yang mengamati bunyi-bunyi suatu bahasa tertentu sesuai dengan  fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam suatu bahasa.

4.       Fonologi ialah bahagian dari tata bahasa yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa (Keraf, 1984: 30).

5.       Definisi fonologi menurut Fromkin & Rodman (1998:96), fonologi adalah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis, dan membicarakan runtutan bunyi-bunyi bahasa.

6.       Definisi fonologi menurut Trubetzkoy (1962:11-12), fonologi merupakan kajian bahasa yang berkenaan dengan sistem bahasa, organisasi bahasa, serta merupakan kajian fungsi linguistis bahasa.

7.       Definisi Fonologi menurut Daniel Jones, Sarjana fonologi Inggeris, fonologi ialah sistem bunyi sebuah bahasa.

Maka dapat disimpulkan bahawa fonologi adalah sistem bahasa atau bidang ilmu bahasa yang menganalisis bunyi bahasa secara umum.

BIDANG KAJIAN FONOLOGI

1.       FONETIK

a.       Fonetik adalah cabang kajian fonologi yang mempelajari bunyi bahasa tanpa memperhatikan apakah bunyi-bunyi tersebut mempunyai fungsi sebagai pembeza makna atau tidak (Chaer, 1994: 102).

b.      Fonetik adalah ilmu yang mengkaji dan menganalisis bunyi-bunyi ujaran yang dipakai dalam tutur, serta mempelajari bagaimana menghasilkan bunyi-bunyi tersebut dengan alat pertuturan manusia (Keraf, 1984: 30).

c.       Fonetik adalah ilmu yang mengkaji penghasilan, penyampaian, dan penerimaan bunyi bahasa; ilmu interdisiplin linguistik dengan fizik, anatomi, dan psikologi (Kridalaksana, 1995: 56).

Jadi dari pendapat para ahli tersebut dapat disimpulkan  bahawa fonetik iaitu cabang kajian yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Chaer (2007) membagi urutan proses terjadinya bunyi bahasa itu, menjadi tiga jenis fonetik, yaitu:

a.       Fonetik Artikulator atau fonetik organ atau fonetik fisiologi, mempelajari bagaimana mekanisme alat-alat pertuturan manusia bekerja dalam menghasilkan bunyi bahasa serta bagaimana bunyi-bunyi itu diklasifikasikan  (Glenson. 1955:239-256; Malmberg, 1963:21-28).

b.      Fonetik Akustik mempelajari bunyi bahasa sebagai peristiwa atau fenomena alam (bunyi-bunyi itu dikaji frekuensi getaranya, amplitude, dan intensitinya alam (Malberg, 1963:5-20).

c.       Fonetik Auditori mempelajari bagaimana mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita.

Dari ketiga jenis fonetik tersebut yang paling banyak berkaitan dengan ilmu lingusitik adalah fonetik artikulatori, sebab fonetik ini berkenaan dengan masalah bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau diucapkan manusia. Sedangkan fonetik akustik lebih berkenaan dengan bidang fizik, dan fonetik auditoris berkenaan dengan bidang perubatan.

1.       Fonemik iaitu kesatuan bunyi terkecil suatu bahasa yang berfungsi membezakan makna. Chaer (2007) mengatakan bahwa fonemik mengkaji bunyi bahasa yang dapat atau berfungsi membezakan makna kata. Misalnya bunyi [l], [a], [b] dan [u]; dan [r], [a], [b] dan [u] jika dibandingkan perbezaannya hanya pada bunyi yang pertama, iaitu bunyi [l] dan bunyi [r].Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa kedua bunyi tersebut adalah fonem yang berbeda dalam bahasa Malaysia, iaitu fonem /l/ dan fonem /r/. Fonemik adalah bahagian fonologi yang mempelajari bunyi ujaran menurut fungsinya sebagai perbezaan makna.

Dalam kajiannya, fonetik akan berusaha mendeskripsikan perbezaan bunyi-bunyi itu serta menjelaskan sebab-sebabnya. Sebaliknya, perbezaan bunyi [p] dan [b] yang terdapat, misalnya, pada kata [paru] dan [baru] adalah menjadi contoh sasaran ilmu fonemik, sebab perbezaan bunyi [p] dan [b] itu menyebabkan berbedanya makna kata [paru] dan [baru] itu (Chaer, 1994: 102).

Dialek Nibong Tebal

(ayu & Rafeah)

Bahasa Melayu Standard

Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25.

 

Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25.
Rafeah : Nama aku pulak Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada.

 

Rafeah : Nama aku pula Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada.
Ayu : nama Ayu : nama
Rafeah : Wei aku tak melawak. Hampa try try cari kalau hampa nak add friendlist hampa ghamai-ghamai boh la aku. Aku ni hotsentap skit

 

Rafeah : Wei aku tidak melawak. Kamu try try cari kalau kamu nak add friendlist hampa ramai-ramai letak la aku. Aku ni hotsentap sikit.
Ayu : Peah apa nama.. haghi ni hang wat apa

 

Ayu : Peah apa nama hari ni awak buat apa
Rafeah : haghi ni. haghi ni, rutin harian aku ni, aku bangon tidoq lambat skit. Tu. lpas tu aku bangon tidoq, tak tau nak wat apa suma, pi mai, pi mai tak tau nak wat apa aku dok jaga anak menakan aku tudia ja. Lepas tu aku tengok kakak aku suma keluaq pi mana tak tau tinggai aku. Pas tu depa balek aku tengok. Aku tengok depa dua ekoq tu demam. Abang ipaq aku dengan kakak aku. Aku hajak depa pi pasar malam, pasaq malam kat Jawi tu sebab aku boring, aku tak tau nak wat apa petang-petang depa bawak aku pi pasar malam. Tu aku pi la beli murtabak

 

Rafeah : hari ni. hari ni, rutin harian aku ni, aku bangun tidur lambat sikit. itu. lepas itu aku bangun tidur, tidak tahu nak buat apa semua, pergi mari, pergi mari tidak tahu nak buat apa aku tengah jaga anak saudara aku itu dia sahaja. Lepas itu aku tengok kakak aku semua keluar pergi mana tidak tahu tinggal aku. Pas tu meraka balik aku tengok. Aku tengok mereka dua ekor itu demam. Abang ipar aku dengan kakak aku. Aku ajak depa pergi pasar malam, pasar malam di Jawi itu sebab aku boring, aku tidak tahu nak buat apa petang-petang mereka bawa aku pergi pasar malam. itu aku pergi la beli murtabak
Ayu : Ni sat la aku nak tanya hang. Abang ipaq hang oghang mana?

 

Ayu : ini sekejap la aku nak tanya kamu. Abang ipar kamu orang mana?
Rafeah : Ha.. abang ipaq aku orang Sik Kedah nu. Kalau aku bawak pun hampa tak mau pi aih. Jaoh gila mampuih

 

Rafeah : Ha.. abang ipar aku orang Sik Kedah sana. Kalau aku bawa pun hampa tidak mahu pergi aih. Jauh gila mampus
Ayu : Ni apa nama dia gheja apa kat mana kami nak tanya hampa

 

Ayu : ini dia kerja apa di mana kami nak tanya kamu
Rafeah : dia gheja emegresyen kat ni, kat Penang

 

Rafeah: dua kerja imegresen di ini, di Penang
Ayu : ooi…

 

Ayu : ooi…
Rafeah : bahagian passport sebab tu dia duk kat airport 

 

Rafeah : bahagian passport sebab itu dia duduk di airport
Ayu : ha.. bahagian passport ka..

 

Ayu : ha.. bahagian passport ke..
Rafeah : ha.. dia duk kat bahagian passport. Sebab tu dia buleh duk kat airport

 

Rafeah : ha.. dia duduk di bahagian passport. Sebab itu dia boleh duduk di airport
Ayu : hampa silap kot Ayu : hampa silap kot
Rafeah : aku duk ghasa lagu tu yang aku tau

 

Rafeah : aku duk rasa lagu itu yang aku tahu
Ayu : hmm.. tak pa la macam mana pun tak pa. ni kami nak tanya hampa, depa dah kawen lama ka? Depa dah ada beghapa oghrang anak dah Ayu : hmm.. tidak mengapa la macam mana pun tidak mengapa. ini kami nak tanya kamu, mereka dah kawin lama ke? mereka dah ada berapa orang anak dah.
Rafeah : kakak aku yang dah kawen tiga oghang. Aku ada lima orang kakak. Sorang adik. Total semua ada tujuh oghang beghadik la no. tu yang sorang yang first tu. Kakak aku yang sulong kan

 

Rafeah : kakak aku yang dah kawin tiga orang. Aku ada lima orang kakak. Seorang adik. Total semua ada tujuh orang beradik la nor. tu yang seorang yang first itu. Kakak aku yang sulung kan
Ayu : ni hampa ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beghadik sebenaqnya

 

Ayu : ini kamu ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beradik sebenarnya
Rafeah : kami nak ceghita pasai abang ipaq kami, hang sabaq la kami dah ada tiga oghang abang ipaq dah

 

Rafeah : kami nak cerita pasal abang ipar kami, kamu sabar la kami dah ada tiga orang abang ipar dah
Ayu : oo.. kami paham dah

 

Ayu : oo.. kami paham dah
Rafeah : abang ipaq yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawen 2010. Masa tu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pulak, emm.. kawen taun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. hat ni la yang aku tengah sembang ni kawen taun ni 2013. dua haghibulan tiga haghi tu kawen. Mana nak ada anak lagi. Awai lagi.

 

Rafeah : abang ipar yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawin 2010. Masa itu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pula, emm.. kawin tahun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. yang ini la yang aku tengah sembang ni kawin tahun ni 2013. dua haribulan tiga hari itu kawin. Mana nak ada anak lagi. Awal lagi.
Ayu : oo.. ni aku nak tanya ni tadi hang duk kata duk ceghita mai kat kami, baguih punya kata hang pi pasar malam tu. Hang pi dengan abang ipaq hang yang mana dengan kak hang yang mana?

 

Ayu : oo.. ini aku nak tanya ini tadi kamu tengah kata tengah cerita mari ke kami, bagus punya kata kamu prgi pasar malam itu. Awak prgi dengan abang ipar awak yang mana dengan kak awak yang mana?
Rafeah : kak aku yang ni la yang aku duk sembang nombor tiga baru kawen ni.

 

Rafeah : kakak aku yang ini la yang aku tengah sembang nombor tiga baru kawin ini.
Ayu : ni aku nak tanya hang. Kami nak tanya hampa. Hampa nak pi pasar malam kat mana? Beli apa lagi banyak-banyak kat sana? Best ka?

 

Ayu : ini aku nak tanya kamu. Kami nak tanya kamu. Kamu nak prgi pasar malam di mana? Beli apa lagi banyak-banyak di sana? Best ka?
Rafeah : pasaq malam tu tak besaq mana sangat so aku beli pun tak banyak mana la ceghita dia.

 

Rafeah : pasar malam itu tidak besar mana sangat so aku beli pun tidak banyak mana la cerita dia.
Ayu : hang.. hang beli apa, hang beli pasemboq dak?

 

Ayu : awak.. awak beli apa, awak beli pasembur tak?
Rafeah : pasembong tu aku beli jugak la, murtabak aku beli. Lpas tu aku beli..    

 

Rafeah : pasembur tu aku beli juga la, muratabak aku beli. Lepasi tu aku beli..
Ayu : cucoq udang.. cucoq udang

 

Ayu : cucor udang.. cucor udang
Rafeah : cucoq udang aku beli jugak. Tu kegemaran aku, aku suka makan jugak.

 

Rafeah : cucor udang aku beli juga. itu kegemaran aku, aku suka makan juga.

Data 1

Bil.

Bahasa Melayu Standard

Transkripsi Fonetik

Dialek Nibong Tebal

Transkripsi Fonetik

1

Pula

/pula/

pulak

/pulaʔ/

2

Ramai

/ramai/

ghamai

/ɣamai/

3

Hari

/hari/

haghi

/haɣi/

4

Bangun

/baɳun/

bangon

/baŋɔn/

5

Tidur

/tido/

tidoq

/tidɔ̃ʔ/

6

Semua

/səmua/

suma

/suma/

7

Keluar

/kɘluwar/

keluaq

/keluwɑ̃ʔ/

8

Balik

/balik/

balek

/balək/

9

Ipar

/ipa/

ipaq

/ipɑ̃ʔ/

10

Jauh

/jawuh/

jaoh

/jawɔh/

11

Mampus

/mampus/

mampuih

/mampuiç/

12

Kerja

/kɘrja/

gheja

/ɣeʤa/

13

Kawin

/kawin/

kawen

/kawən/

14

Orang

/oraɳ/

oghang

/oɣaŋ/

15

Bagus

/bagus/

baguih

/baguiç/

Data 1 menunjukan analisis perbezaan dialek Nibong Tebal-Pulau Pinang dengan bahasa Melayu Standard. Analisis di bawah menunjukan beberapa aspek yang berlaku daripada perubahan bunyi dalam dialek Nibong Tebal dengan bahasa Melayu Standard

1. Berdasarkan analisis di atas perkataan yang mengandungi fonem [r] akan berlaku pengguguran dan diganti dengan bunyi /ɣ/atau ‘gh’

Contoh perkataan adalah :

/ɣamai/ = ramai

/haɣi/ = hari

/oɣaŋ/= orang

/ɣeʤa/ = kerja

Walau bagaimanapun pengguguran fonem [r] hanya berlaku apabila fonem [r] terletak di awal dan tengah perkataan sahaja.

2. Berdasarkan analisis di atas perkataan yang mengandungi fonem [r] dihujung akan berlaku pengguguran dan digantikan dengan vokal nasal seperti /ɔ̃/,/ɑ̃/ serta terdapat hentian glottis dihujung.

Contoh perkataan adalah :

/tidɔ̃ʔ/ = tidur

/keluwɑ̃ʔ/ = keluar

/ipɑ̃ʔ/ = ipar

2. Berdasarkan analisis di atas perkataan yang mengandungi vokal [u] dan konsonan [s] deretan bersebelahan yang mesti diikuti fonem [u] dahulu seterusnya barulah fonem [s]. Perkataan ini akan mengalami penyisipan bunyi /ç/ iaitu seakan-akan bunyi fonem [h] tetapi bunyi yang sebenar adalah ‘ih’. Hal ini berlaku dalam sesuatu perkataan selepas vokal [u] di hujung kata. Manakala fonem [s] pula digugurkan.

Contoh perkataan adalah :

/mampuiç/ = mampus

/baguiç/ = bagus

3. Berdasarkan analisis di atas perkataan yang mengandungi vokal [u] di kedua terakhir kata akan digantikan dengan vokal [ə]. Maka vokal [i] digugurkan. Hal ini berlaku vokal [i] merupakan vokal tinggi. Oleh sebab itu vokal yang tinggi itu telah digantikan dengan vokal tengah iaitu [ə]

Contoh perkataan adalah :

/balək/ = balik

/kawən/ = kawin

4. Berdasarkan analisis di atas perkataan yang mengandungi vokal [o] digantikan dengan vocal [ɔ] atau lebih dikenali sebagai vokal [ɔ] dialek. Hal ini kerana dialek sesuatu bahasa biasanya vokalnya bersifat lebih rendah daripada vokal yang asal.

Contoh perkataan adalah :

/baŋɔn/ = bangun

/jawɔh/ = jauh

5. Berdasarkan analisis di atas terdapat juga sesetengah perkataan yang biasanya disisipkan hentian glottis /ʔ/ di hujungnya.

Contoh perkataan adalah :

/pulaʔ/ = pula­

6. Berdasarkan analisis di atas terdapat juga sesetengah perkataan yang biasanya digugurkan beberapa fonem. Fonem [e] digugurkan dan digantikan dengan fonem [u]. Manakala dalam perkataan tersebut fonem [u] juga turut digugurkan tanpa menggantikan apa-apa fonem.

Contoh perkataan adalah :

/suma/ = semua

Rumusan

Berdasarkan analisis di atas didapati dalam dialek Nibong Tebal-Pulau Pinang terdapat banyak sekali proses pengguguran fonem tidak kira pada vokal atau konsonan. Perkara ini jelas berbeza dengan bahasa Melayu Standard. Namun begitu proses pengguguran sesetengah fonem adalah sama dengan bahasa Melayu Standard iaitu fonem [r] yang membezakannya adalah fonem yang digantikan dalam dialek Nibong Tebal dan bahasa Melayu Standard. Penggantian vokal tinggi kepada vokal tengah dan serderhana turut berlaku dalam dialek Nibong Tebal. Dalam dialek Nibong tebal juga didapati terdapat banyak penyisipan glotis di awal, tengah dan kata. Hal ini kerana dialek Nibong Tebal banyak menggunakan bunyi-bunyi nasal.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s