Bab 1

Bab 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kajian ini mengkaji dialek pertuturan bahagian utara Malaysia iaitu daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil daripada nama pokok Pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).

Tumpuan utama kajian ini adalah kepada lima sub bidang linguistik iaitu Morfologi, Fonologi, Sintaksis, Semantik dan Pragmatik. Dari segi morfologi perkara yang dikaji adalah pembentukan kata, Fonologi pula dari segi sebutanya, Sintaksis perkara yang dikaji adalah tatabahasa atau pembentukan ayat, Semantik pula adalah dari segi makna katanya dan yang terakhir adalah pragmatik dari segi penggunaan bahasa mengikut situasi iaitu situasi yang dititik beratkan semasa mengkaji konteks maknanya. Kelima-lima sub bidang ini akan digunakan untuk mengkaji Nibong Tebal, Pulau Pinang.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek linguistik dalam penutur dialek natif Nibong Tebal, Pulau Pinang dan sekaligus membuat perbandingan mengenai persamaan dan perbezaan aspek linguistik dalam dialek Nibong Tebal dan bahasa Melayu standard. Terdapat kajian lepas iaitu Jasmin Badrudin(2012) yang telah mengkaji mengenai dialek Kedah iaitu antara salah satu dialek utara juga, tetapi tumpuan kajian hanya tertumpu pada aspek fonetik sahaja iaitu kajian ini memanfaatkan pendekatan sosiofonetik yang memerihalkan ciri fonetik dan pengaruh sosial yang berhubung kait antara kedua-duanya terhadap realisasi pertuturan dialek ini. Seterusnya kajian dialek kedah yang dikaji oleh Fazal Mohamed Mohamed Sultan(2013) mengenai sifat kata tanya sapa melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis. Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan oleh pengkaji meliputi akan meliputi lima aspek bahasa iaitu pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif Dialek Utara di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Membezakan cara sesuatu perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek Nibong Tebal dengan bahasa standard, Membezakan strukutur pembentukan ayat dalam dialek Nibong Tebal dengan Bahasa Melayu Standard, mengenalpasti cara penutur dialek Nibong Tebal menggunakan dialek mereka dalam situasi tertentu dan   Mengenalpasti setiap makna yang diujarkan oleh penutur natif dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang yang mempunyai maknanya  yang tersendiri. Hasil kajian yang diperoh akan dipaparkan dalam wordpress ini.

1.3 Soalan Kajian

Terdapat lima soalan kajian yang telah dikenalpasti sebelum kajian ini dilakukan iaitu:

1.    Apakah perbezaan sebutan kata yang terhasil bagi sesuatu perkataan antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?

2.   Apakah perbezaan pembentukan kata antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?

3.   Apakah perbezaan pembentukan ayat yang digunakan dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?

4.   Apakah perbezaan makna dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?

5.   Apakah perbezaan pemilihan kata mengikut situasi yang berbeza di antara Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah digariskan oleh pengkaji sebelum melakukan kajian.

1.    Mengenal pasti perbezaan sebutan antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.

2.    Mengenal pasti aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang  dengan bahasa Melayu standard.

3.    Mengenal pasti aspek pembentukan ayat atau tatabahasa dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.

4.    Mengenal pasti perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.

5.    Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza  antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard daripada aspek formal dan tidak formal.

1.5 Skop kajian

kajian ini dilakukan ke atas responden yang merupakan penutur natif Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan dengan mengkaji rakaman audio melalui perbualan dua responden tersebut. Uniknya perbualan tersebut walaupun dirakaman tidak langsung menjejeaskan struktur penggunaan dialek mereka. Hal ini kerana mereka Penutur natif dialek Nibong Tebal ini amat setia pada dialek mereka.

1.6 Kesimpulan

Dialek secara umumnya melambangkan kebudayaan yang disusuli nilai-nilai positif antara penutur. Kewujudan dialek juga menentukan jarak keakraban masyarakat di sesuatu tempat. Dialek membolehkan sesebuah masyarakat membawa kehidupan dengan bergantung kepada kesopanan dan kehalusan budi atau sebaliknya. Namun begitu, dialek yang pelbagai telah menimbulkan kerencaman bahasa dalam kehidupan masyarakat.

Advertisement