BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi juga menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada responden yang berasal dari negeri Pulau Pinang iaitu di Nibong Tebal. Responden berumur 25 tahun dan 16 tahun. Responden juga merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Pulau Pinang di daerah Nibong Tebal.
3.3 Alat Kajian
Antara alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:
1. Soal selidik.
Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian “Survey Monkey”. Item-item soalan ini dimasukkan ke dalam perisian “Survey Monkey” bagi tujuan pengaplikasian komputer dalam kajian Linguistk. Soalan yang telah siap didalam perisian “Survey Monkey”akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut. Perisian “Survey Monkey” juga dapat mengira peratusan item-item soalan yang dijawab oleh responden.
2. AntConc.
Membuat analisis pembentukan kata (morfologi) dengan menggunakan perisian aplikasi AntConc iaitu dengan cara menganalisis kekerapan penggunaan kata yang ditutur oleh sampel kajian.
3. Video kamera.
Video kamera digunakan untuk merakam dan merekod gambar serta suara yang dituturkan oleh sampel kajian semasa bertutur dengan menggunakan dialek.
3.4 Prosedur Kajian
Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang merangkumi aspek linguistik. Di mana aspek iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi formal dan tidak formal diberi perhatian dalam kajian ini. Berikut merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:
1) Pengkaji memilih responden yang bersesuaian dengan kajian daripada penutur natif Pulau Pinang.
2) Pengkaji meneliti setiap video yang dihasilkan responden untuk memperolehi data kajian.
3) Data rakaman video tersebut kemudiannya ditranskipsi dalam dwi-bahasa iaitu dengan mengunakan dialek dan bahasa Melayu standard.
4) Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam perisian “Sound Cloud” unuk disimpan.
- Aspek penyebutan kata
Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya menggunakan IPA Chart untuk mentranskipsikan dari aspek ini. Setelah itu, pengkaji membuat perbandingan perbezaan penyebutan kata yang terdapat dalam Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
- Aspek Pembentukan Kata
Seterusnya pengkaji melihat dari aspek pembentukan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.
- Aspek Struktur Ayat
Selepas itu, pengkaji melihat pula dari aspek struktur ayat yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT.
- Aspek Makna
Kemudian pengkaji melihat dari aspek makna yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.
- Aspek Pemilihan Kata
Akhir sekali, pengkaji melihat dari aspek pemilihan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikel yang digunakan semasa proses rakaman sedang berlangsung menggunakan perisian “AntConc”.
3.5 Kesimpulan
Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang baik. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji mampu untuk menghasilkan hasil kajian yang relevan dan menepati objektif kajian.