Bab 5

BAB 5

KESIMPULAN


Dialek merupakan khazanah bahasa. Berdasarkan kajian ini pengkaji mendapati dialek Nibong Tebal dengan bahasa Melayu Standard terdapat banyak persamaan dan perbezaannya. Persamaanya pula hanya pada bidang-bidang tertentu sahaja. Bidang-bidang yang telah ditelusuri adalah bidang-bidang seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.

Kajian yang dilkukan adalah kajian lapangan iaitu dengan merakam perbualan penutur asli dialek Pulau Pinang. Perbualan antara dua orang responden tersebut telah memberi pelbagai maklumat kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Data-data yang diperolehi sangat menarik. Kajian pada kali ini pengkaji hanya menyentuh kesemua aspek dalaman bahasa sahaja. Mudah-mudahan selepas ini yang cuba mengkaji dialek ini daripada sudut luaran bahasa pula.

Pengkaji sendiri merasa amat teruja dengan dialek Nibong Tebal ini kerana maklumat yang diperolehi sangat mengejutkan. Rupanya sangat unik sesuatu dialek itu apabila dikaji. Harapan pengkaji kajian ini dapat akan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengenali dengan lebih dekat dialek utara khususnya daerah Nibong Tebal.

Advertisement