Personaliti Berhemah (Conscientiousness)

Ciri-ciri seperti bertanggungjawab, tersusun, tabah, sangat boleh diharapkan,
cenderung berpencapaian tinggi, rajin dan berperancangan merupakan sifat-sifat
yang terdapat dalam personaliti berhemah……..

Dapatan kajian Responden 2.01

Responden : Orang yg berbuat kebaikan mesti dpandang rendah dan diketepikan..yang penting niat kerana Allah swt..insyaallah.. 🙂

Mas Nazmi : ye btl.. nme p0n mnusia. bese la..

Berdasarkan frasa responden, iaitu “Orang yg berbuat kebaikan mesti dpandang rendah dan diketepikan..yang penting niat kerana Allah swt..insyaallah.. :)” ,saya beranggapan  responden sebagai seorang yang tabah kerana hanya mengharap keredaan Allah atas kebaikan yang dilakukan dan tabah itu merupakan salah satu sifat personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.02

Responden : safety first..^^

Utamakan keselamatan Lah! 🙂

Grafik di atas menunjukkan seorang pelajar sekolah yang menunggang motosikal dengan memakai segala kelengkapan keselamatan diri. Berdasarkan cogan kata responden iaitu “safety first” menggambarkan responden seorang yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan di jalan raya. Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.03

responden :

Tips2 yg menarik:- 😉
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

Komeng Lambung : Law ak bgn je pg isap rkok jd pe plak…hahahaaLaw ak

Responden : itu nk mampos..hahaha

Komeng Lambung : Hahahaha pa cer prk game ngan team sayur pn leh draw

Responden : bia lorh..jnji kome menyokong team kite..bkn cam mike tuh..haktuiii!!

Berdasarkan tip-tip menarik yang diberi, menunjukkan responden seorang yang sangat tersusun dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Tersusun juga merupakan salah satu dari sifat personaliti berhemah.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah. 

Dapatan kajian Responden 2.04

Responden : Aina Syuhana..antara jwpn yg menyakinkan..heee..

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
“Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau.”

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja
sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua’lam ^_^’

Aida Syuhana : hee 🙂 jum2 ;p

Berdasarkan informasi di atas, iaitu tentang 8 alasan yang dikemukan oleh seorang lelaki yang berusaha memujuk hati bakal mertuanya. Informasi yang dikongsi, menunjukkan responden berperancangan dalam usaha menambat hati bakal mertuanya nanti.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.05

Responden : bila Anda sedang marah maka berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Nabi saw., “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah” 🙂

IMran ANuar : betol~

IMran ANuar : kalau api bertemu api akan hancur semuanya~ baik api bertemu air isyaallah semua akan sejuk dan berfikir~

Responden : so sama2 lah kita amalkn..heeee

IMran ANuar : oke~

Eda Fynn ‎: 🙂

Mohd Razlan : ok ak diam..

Responden : tuh diam cr pasai gok..haha

Mohd Razlan : hahahah.. blan 3 ad tpg ka?

Responden : 4hb-11hb ak cuty..haha

Mohd Razlan :  ak blik… insyallh..

Responden : gud..leh lpk2..haha

Berdasarkan frasa “bila Anda sedang marah maka berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Nabi saw., “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah” 🙂 ” menggambarkan responden seoarang yang berhemah kerana memilih untuk bersabar ketika salam keadaan marah.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.06

Bagi yang sukar meninggalakan maksiat walaupun sudah bertaubat boleh la amalkan doa ini..
♥ Gambar nasihat dan dakwah ♥
By: Mencari Sinar Kebahagiaan

Berdasarkan grafik di atas adalah doa untuk memohon perlindungan dari melakukan maksiat untuk diamalkan.  Hal ini menunjukkan responden sangat rajin berusaha mencari pedoman supaya dapat menghidarkan diri dari mendekati maksiat. Kesimpulannya responden sangat rajin berusaha, dan rajin adalah salah satu sifat personaliti berhemah.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.07

‎80% in progress..pliss waiting..^^

Mohd Akmal : ada kat mana game ni.

Mohd Faizi : ak nak try main

Responden : kt pawi asa nya..tnya dya..

Mohd Akmal : depan tu kena make up skit

Mohd Faizi : betol2 . tak meriah la

Responden : ‎80% lg…haha..wait jaaa

Mohd Shakir : semat dh

Mohd Akmal : ok.

Mohd Shakir : ok pa

Mohd Faizi : gadoh gadoh

Mohd Akmal : hang kalut pa.

Mohd Shafawi Irman : hahaha..kuat komplen.. dh ada makeupnya,cume xletak lg

Mohd Shakir : dak la ..yg hang dok kalot bagi cadangn saja haram xbuat keja pa pon

Mohd Faizi : ai ak kena ka . ak last komen nie

Responden : kbai..

Mohd Shakir : kbai tu natang pa

Putera Nazmi : bye lh ntang…

Mohd Shafawi Irman : nk cantek wt sdiri xpn p jumpa mdm ckp nk tuka group sbab game xcm game, dgn brmodal kn sendirian berhad dlm rm50,brsusah payah g cari kotak kt lorong2 gelap seluruh area bangi dh mcm mat pet tegar dgn York Nates hampir di tangkap polis bwk masuk lokap, round 1 bangi dgn moto smbil bwk kotak lalu dpn org ramai kt kedai mamak & kne sound kt org kdai tu, pikir pulak mengalah kn engineer aerospace & mcm lagi msalah yg melanda tanpa dugaan..so,tolong la trima dgn hati yg terbuka,insan yg cemerlang datangnya dari akal,hati yg tenang &jiwa yg mantap..lg pn kita hnya wt untk menjayakn karnival yg akn datang dan hanya didatangi bdk2 mfi,bkn nya obama,najib tun razak,tun dr mahathir,tok guru nik aziz,aron aziz,ustaz ahar,uncle seekers..bkn nk mnang pertandingan ke apa mcm robocon ke apa,just untk karnival tu ja..so,trima la seadanya..peace

Mohd Akmal : dont worry la pawi.hang yg buat game tu.bab modai nnt hang mai claim.jangan risau pasai tu.ok ya pawi.

Mohd Shafawi Irman : psal duit xkisah

Mohd Akmal : ha kalau macam tu kelia. credit to Mohd Shafawi Irman

Berdasarkan gambar di atas merupakan suatu reka bentuk permainan yang dicipta oleh responden serta rakan-rakannya. Responden telah menyatakan “‎80% in progress..pliss waiting..^^”, dapat disimpulkan di sini bahawa responden seorang yang mempunyai pencapaian tinggi dalam hasil kerja tersebut. Berpencapaian tinggi merupakan sifat dalam personaliti berhemah.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.08

Aida Syuhana :
Tak ada yang sempurna, itulah hidup,
semakin kita mencari kesempurnaan,
semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya,
kerana sesungguhnya kesempurnaan yg hakiki tdk pernah ada,
yg ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan^^

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang
yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk
belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna ♥♥

Responden : gud2…huhu..kena la gn tema..owg yg hebat adalah owg mengakui ketidaksempurnaan nye..moga kita xtergolong dlm owg2 yg merendah rendah kn ketidaksempurnaan tersebut..insyaallah..^^

Berdasarkan frasa “owg yg hebat adalah owg mengakui ketidaksempurnaan nye..moga kita xtergolong dlm owg2 yg merendah rendah kn ketidaksempurnaan tersebut..insyaallah..^^” “, menunjukkan responden amat bersetuju dengan kekasihnya dan mengharapkan mereka tidak tergolong dalam orang yang tidak dapat menerima hakikat akan kekurangan diri. Inilah yang dikatakan sebagai personaliti berhemah iaitu sentiasa menjadikan sesuatu yang pada dasarnya nampak negatif berubah menjadi positif.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.09

Aida Syuhana : mcm awak ~ haha ;p

senyummmmmm

CartaHati Wanie : alalala, , rambot same laaa, , comelll

Aida Syuhana : haha same mcm Mohd Arif kan ? hehe ;p

CartaHati Wanie : hahahahahah ~~~sian Mohd Arif kne buli hrini . . =b

Responden : ermmm..sbg insan yg lmh lmbut kn..sabo jela..huh

Aida Syuhana : haha comel pe ~ kan2??

Responden : amboiii..yelah,,tq..cute nye..^^

Aida Syuhana : huhuh mmg comel pon..smpai ati ckp monyet tu x comel.. :(sbb comel la sy post kat awk..heee ;p

CartaHati Wanie : macam2 bdak2 nih, , ,hehe ^^

Aida Syuhana : ‎Mohd Arif ni je yg mcm budak2 ;p

Aida Syuhana : haha x bleh la tgk monyet ni..tbe2 trbyg awk ~ haha

CartaHati Wanie : due2 same!hahaa, , (bru adil =b)

Berdasarkan frasa di atas iaitu, “ermmm..sbg insan yg lmh lmbut kn..sabo jela..huh” menggambarkan respondan berpersonaliti berhemah kerana bersabar walaupun disamakan dengan senyuman monyet dalam grafik di atas.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Dapatan kajian Responden 2.10

responden :

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

Suka cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. heee..:)
Sharifah Ain :  yla sgt…huhuhu

Responden :  ofcouse maa…;pp

Sharifah Ain : wekkkkk!!!!mnusuk ke kalbu klau Mohd Arif yg cakap…huh!!

berdasarkan frasa diatas iaitu “Suka cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. heee..:)” menggambarkan responden cuba memberitahu para wanita bahawa mengapa lelaki selalu cakap secara terang-terang. Responden dikatagorikan sebagai berhemah kerana cuba bersikap jujur terhadap kaum wanita tentang tindakan yang dilakukan seorang lelaki.  Saya bertanggapan bahawa responden boleh diketegorikan dalam personaliti berhemah.

Advertisement