Personaliti Menyenangkan Perasaan (Agreeable)

Personaliti menyenagkan perasaan mempunyai sifat-sifat yang berikut iaitu

mudah bekerjasama, mudah membantu, menaikkan semangat.

Pendamai , bersikap optimistik dan mudah percaya pada orang.

Merupakan sifat yang dimilik oleh personaliti menyenangkan hati.

Dapatan kajian Responden 4.01

Situasi :

waHhh!!!!!dahsyat sungguh angin+hujan ptg sabtu nie..b’pusing2 cm gasing..hbs sume zink2 rmh jiran ku b’terbangan n p0k0k2 tumbang..alhmdulilLh,tiada nyawa yg t’k0rban..syukur cgt99..dugaan Allah m’nguji kami dgn ujianNYA supaya kita sume sbg hmbaNYA x m’lupaknNYA..marilh kte b’sama2 m’ngambil pngjrn nie sbg p’ingtn n sntiasa m’lakukn suruhnNYA serta m’ninggalkn sgla lrngnNYA..

Ulasan :

Berdasarkan frasa “syukur cgt99..dugaan Allah m’nguji kami dgn ujianNYA supaya kita sume sbg hmbaNYA x m’lupaknNYA.” menunjukkan responden sangat optimistik kerana setelah berlaku kejadian yang tidak diingini responden tetap beranggapan baik iaitu kejadian yang berlaku adalah ujian dari tuhan. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.02

Situasi :

kami akn m’rndui kamu selalu shbt2 nun d’sbrng lautn cne “Sarah Aqilah, RahilMohd Ghazali, Hanum Sira Juddin n Muhammad Fuad”…jgn lupa bwkkn kami 0le2..heheee….sarah,jgn lupa bwk kanggaru utk kami bak kata Muhammad hasif n the geng..ingt kami dlm d0amu..with l0ve  Responden,Fauzatul,Akmal, Fatin Afiqah n Hanizatul Akma=)

Ulasan :

Berdasarkan frasa “ingt kami dlm d0amu” menunujukkan responden seorang yang menaikkan semangat rakan-rakannya yang berada di perantauan, iaitu hanya mampu berharap dirinya dan rakan-rakan yang lain disebut dalam doa mereka. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.03

Situasi :

yah0ooo!!!!!!!nmpknye aq x b’tepuk sblh tgn..heheeee….srn0k dpt dgr suara DIA..DIA sntiasa nmpk c0mey d mata aq..hihihihiiiii =)

m0od:hepy giler cmpi x leh nk kata pape..

Ulasan :

Berdasarkan frasa “yah0ooo!!!!!!!nmpknye aq x b’tepuk sblh tgn” menggambarkan responden gembira dengan respon yang diberikan oleh seseorang. Hal ini menunjukkan responden sangat mudah mempercayai orang lain. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.04

Situasi:

Siti Nurain : pe nie mam,,,boling pnye psal,tgn ak da krem ni…..adoiiii…hahaha
nk ubat weyh…t xleyh g klas akaon plak…:D

Responden : ad0yai!!!!cian nye k0..nk ubt erk?mai2 dtg blik aq..nnti aq rawat k0 erk..x pn aq bwk k0 g PK..dkt je dgn k0lej aq..sblh je k0t..heheee

Ulasan :

Berdasarkan frasa “nk ubt erk?mai2 dtg blik aq..nnti aq rawat k0 erk..x pn aq bwk k0 g PK..dkt je dgn k0lej aq..sblh je k0t” menunjukkan responden sangat mudah membantu prihatin terhadap rakannya yang mengalami kecederaan semasa bermain boling. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti.

Dapatan kajian Responden 4.05

Situasi :
alhmdulilLh..p’ngisian hjg mggu yg x sia2 =)

Responden : ‎Fauzatul Akmal:aq j0in bengkel f0t0grafi..de p’tdgn..gmbr aq t’plh ke finalis n aq dpt n0 1..heheee…td aq blk dgn bwk hamper sbsr alam tu dgn nek bas n nek bukit..

Ulasan :

Berdasarkan frasa “alhmdulilLh..p’ngisian hjg mggu yg x sia2 =)” menunjukkan responden sangat optimistik terhadap program yang disertainya. Justeru, berkat kesungguhannya, responden telah berjaya menjuari pertandingan fotografi dalam progran yang disertainya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.06

Situasi :

saat yg plng bhgia dlm khdpn d dunia nie adlh b’sma2 kluarga t’cinta ♥♥♥
bila aq b’sma2 mama b’k0ngsi mkn kuaci smbl m’n0nt0n drama melayu n cmpi x sdr yg kte0rg dh m’hbskn 3 bungkus kuaci tnpa henti2…heheee….abah lak hnya mampu tgk n t’senyum..adik sntiasa wat kami s’kluarga ceria dgn telatah nye yg amat m’cuit hati..abg n adk llki aq lak bz dgn kete c0ntr0l dia0rg yg hbt cgt tuu..ye ke hbt????hakhak….adk prmpn yg s0rg lg bz dgn ‘muka buku’ nye..bdk kecik bru bljr b’fb lh kta kn..ishhh3….wlau pape pn yg b’laku,aq ttp brda d smpng kluargaku yg t’cnta krn KELUARGAKU SYURGAKU =)

Ulasan :

Berdasarkan frasa “wlau pape pn yg b’laku,aq ttp brda d smpng kluargaku yg t’cnta krn KELUARGAKU SYURGAKU =)” menunujukkan responden seorang yang sangat pendamai dalam keluarganya kerana walauapapun yang terjadi responden tetap di samping keluarganya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.07

Situasi :

keadaan bumi smkin hr smkin m’risaukn..cuaca sntiasa b’ubah2..pe yg dh t’jd skrg nie???gejala s0sial pn skrg mkin b’leluasa..risau nyeeeee…..ya ALLAH…slmtkn hamba2 mu….

Ulasan :

Berdasarkan frasa “ya ALLAH…slmtkn hamba2 mu….” menunjukkan responden sangat optimistik iaitu tidak berdiam diri atas kejadian yang berlaku tetapi telah mendoakan kesejahteraan semua umat-umat islam. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.08

Situasi :

Yasir Yusoff : thanx =)

Responden : welc0me2 =)

Responden : yup abg..thankx utk sgla usaha krs abg2 n akak2 fc semua slma kami pljr2 bru d mggu mesra pljr hr tu..thankx a l0t abg..n nice ur style time jamuan mkn mlm hr tu =)

Ulasan :

Berdasarkan frasa “thankx utk sgla usaha krs abg2 n akak2 fc semua slma kami pljr2 bru d mggu mesra pljr hr tu..thankx a l0t abg..” menunjukkan responden sangat menhargai terhadap usaha senior-senior kolej semasa minggu mesra pelajar. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.09

Situasi :

Afifah Ma’arof :
ting tong……cik…how our plan…..cdg nk g ari pe….???? 2 choice…..bagan lalang Pantai morib….

Responden : hri slsa w0key x?sblm k0 blk ukm..perhatian2 kpd Fatin Afiqah,Nur Farhanim,Fauzatul Akmal n Safwan Muaz..k0rg free x slsa nnti???nk g jln2 x?m0rib ke bagan lalang?

Ulasan :

Berdasarkan frasa “hri slsa w0key x?sblm k0 blk ukm..” menunjukkan responden seorang yang mudah berkerjasama kerana tidak membantah tentang rancangan yang dicadangkan. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Dapatan kajian Responden 4.10

Situasi :

Halidah Zulkefli : cdey r aq dh xde amal.wuwuwuwuw..sronok bercuti at tmpt kowang..

Responden : alal0l0ooo…ciannye bdk c0mey s0rg nie..x pe2..nnti kte sume jumpa lg erk time cuti akhr sem..jgn lupa plan kte Halidah Zulkefli n Amal Lola..heheee

Ulusan :

Berdasarkan frasa “x pe2..nnti kte sume jumpa lg erk time cuti akhr sem..” menunjukkan responden seorang pendamai kerana berusaha memujuk rakannya yang kesedihan disebabkan tidak dapat bersama-sama meluangkan masa ketika bercuti. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti menyenangkan perasaan.

Advertisement