Personaliti neurotik memiliki sikap seperti risau, tidak berasa selamat, sensitif.
‘Moody’, tegang, dan mudah tersinggung.
Dapatan kajian Responden 5.01
Situasi :
So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide
Ulasan :
Berdasarkan frasa “So give me reason to prove me wrong” menunjukkan responden tidak berpuas hati kerana telah dipersalah dalam sesuatu hal. responden mahu bukti yang kukuh untuk menyatakan responden benar-benar salah. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti nuerotik.
Dapatan kajian Responden 5.02
Situasi :
Fuck the organization!!!
Ulasan :
Berdasarkan frasa di atas menunjukkan responden sangat marah akan sesebuah organisasi atau syarikat sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.03
Situasi :
kpd peminat MU…
padan muka MU kalah ngan team favourite aq…
NU,hahaha
Ulasan :
Berdasarkan frasa “padan muka MU kalah ngan team favourite aq…” menunjukkan responden berasa puas hati akan kemenangan pasukan pilihannya dan juga bersenang hati atas kekalahan pasukan lain. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.04
Situasi :
Argh….Estet x da air,
semua operation in pending trs berenti,
yg x mula lg jngn harap r nk start
Ulasan :
Berdasarkan frasa “yg x mula lg jngn harap r nk start” menunjukkan responden marah atas situasi yang berlaku sehingga mengeluarkan kata-kata yang mematikan semangat orang lain. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.05
Situasi :
dalam bilik aq skuNk ada s0raNg maEN gitar,s0raNg layaN SMS NgaN awEk,s0raNg maEN gamE…hahaha aq sorang je baek dok on9!
Norhazwan Bin Nordin : adam fathi memang baik pun,,,sapa xknai…. 🙂
Selamber Hahak : ang mmg bek…. haahak
Hidayah Suhaili : napew sumer 0wg tau (responden) 2 bek???.. urm, bak kata upin ipin.. baik3!..(jgn mare)..hahaha…
Syazwan Yahaya : baek gila (responden)!!!
Responden : woi d0h!!! jgn wat sial leh x? br bsr cam2 suda bnyak langs!!!!i
Ulasan :
Berdasarkan frasa ” jgn wat sial leh x? br bsr cam2 suda bnyak langs” menunjukkan responden sangat sensitif setelah dipersedakan oleh rakan-rakannya, walaupun kemungkinan rakan-rakannya hanya cuba bergurau-senda dengannya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.06
Situasi :
Shut the fuck off!!!
Ulasan :
Berdasarkan frasa di atas menunjukkan emosi responden sangat tegang sehinggakan meneluarkan kata-kata yang kesat secara langsung. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.07
Situasi :
stupik Malaysians. Sibuk carik salah Amalina. Bangkai gajah depan mata tak nampak, nyamuk beribu2 batu jauh nampak pulak.
Ulasan :
Berdasarkan frasa “stupik Malaysians” menunjukkan responden amat sensitif dengan sikap rakyat Malaysia yang memandang berat akan kesalahan Nur Amalina Che Bakri iaitu pelajar cermerlang SPM (2004) 17 A1 yang telah menjalani kehidupan yang amat sosial ketika berada di luar negara. Walaupun terdapat kebenaran dalam kata-kata responden namun cara responden menyuarakannya amatlah keras. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.08
Situasi :
FUCK!!!
Ulasan :
Berdasarkan perkataan di atas menunujukkan responden menjadi “moody” secara tiba-tiba sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Selain itu, responden kemungkinan juga cuba menarik perhatian rakan-rakannya yang lain dengan mengeluarkan kata-kata begitu. saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.09
Situasi :
Hizatul Aishah : In school you were taught a lesson then given a test..In life you’re given a test that teaches you a lesson…
Responden : asal suma benda aq kena like????
Hizatul aishah : =D
Responden : :-p
Ulasan :
Berdasarkan frasa “asal suma benda aq kena like????” menunjukkan responden berasa tidak pasti dengan apa yang dilakukan kerana kemungkinan responden berasa situasi ini tidak berkaitan dengan dirinya. walaupun rakannya mempunyai pendapat berbeza dengannya. Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.
Dapatan kajian Responden 5.10
Situasi :
Hizatul Aishah : As people grow up they stop playing with toys, they replace the toys with someone’s feelings.
Hizatul Aishah : (responden)…like yg ni jgak!!!
Responden ; Sory Hizatul Aishah… saya x nk like…
Hizatul Aishah : yg ni aku post khas utk hg…smpai ati hg x nak like…='(
Resonden : ok la sayang. I like ckt
Responden : Hizatul Aishah… awak puas atie?????
Hizatul Aishah : =D
Responden : baguszzz
Ulasan;
Berdasarkan frasa “Sory Hizatul Aishah… saya x nk like…” menunjukkan responden berasa tidak selamat untuk setuju akan status yang dikeluarkan rakannya. Setelah dipaksa barulah responden mengeluarkan status “Like” terhadap kenyataan di atas iaitu “As people grow up they stop playing with toys, they replace the toys with someone’s feelings.” Saya bertanggapan bahawa responden tersebut boleh dikategorikan dalam personaliti neurotik.