Bab 5
BAB 5
KESIMPULAN
Dialek merupakan khazanah bahasa. Berdasarkan kajian ini pengkaji mendapati dialek Nibong Tebal dengan bahasa Melayu Standard terdapat banyak persamaan dan perbezaannya. Persamaanya pula hanya pada bidang-bidang tertentu sahaja. Bidang-bidang yang telah ditelusuri adalah bidang-bidang seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.
Kajian yang dilkukan adalah kajian lapangan iaitu dengan merakam perbualan penutur asli dialek Pulau Pinang. Perbualan antara dua orang responden tersebut telah memberi pelbagai maklumat kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Data-data yang diperolehi sangat menarik. Kajian pada kali ini pengkaji hanya menyentuh kesemua aspek dalaman bahasa sahaja. Mudah-mudahan selepas ini yang cuba mengkaji dialek ini daripada sudut luaran bahasa pula.
Pengkaji sendiri merasa amat teruja dengan dialek Nibong Tebal ini kerana maklumat yang diperolehi sangat mengejutkan. Rupanya sangat unik sesuatu dialek itu apabila dikaji. Harapan pengkaji kajian ini dapat akan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengenali dengan lebih dekat dialek utara khususnya daerah Nibong Tebal.
Bab 4
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dialektos’ yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.
4.2 Diskusi
Dalam bab ini, pengkaji memaparkan dapatan data dalam aspek sebutan, pembentukan kata, struktur ayat, makna dan pemilihan kata. Pengkaji telah memilih responden yang merupakan anak jati Pulau Pinang.
Pengkaji telah mengkategorikan butiran-butiran data tersebut berdasarkan aspek-aspek penyebutan tertentu. Hal ini kerana, dialek utara amat terkenal dengan pengguguran, penambahan dan penggantian fonem-fonem tertentu.
Berikut merupakan transkripsi perbualan responden yang telah dirakam dan ditukarkan dalam bentuk bahasa Melayu Standard
Dialek Nibong Tebal (ayu & Rafeah) |
Bahasa Melayu Standard |
Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25.
|
Ayu : Assalamualaikum. Nama saya Ayu. Umur saya 25.
|
Rafeah : Nama aku pulak Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada.
|
Rafeah : Nama aku pula Rafeah. Nama glamor aku Peah. Cuba search kat facebook Peah Comel mesti ada.
|
Ayu : nama | Ayu : nama |
Rafeah : Wei aku tak melawak. Hampa try try cari kalau hampa nak add friendlist hampa ghamai-ghamai boh la aku. Aku ni hotsentap skit
|
Rafeah : Wei aku tidak melawak. Kamu try try cari kalau kamu nak add friendlist hampa ramai-ramai letak la aku. Aku ni hotsentap sikit.
|
Ayu : Peah apa nama.. haghi ni hang wat apa
|
Ayu : Peah apa nama hari ni awak buat apa |
Rafeah : haghi ni. haghi ni, rutin harian aku ni, aku bangon tidoq lambat skit. Tu. lpas tu aku bangon tidoq, tak tau nak wat apa suma, pi mai, pi mai tak tau nak wat apa aku dok jaga anak menakan aku tudia ja. Lepas tu aku tengok kakak aku suma keluaq pi mana tak tau tinggai aku. Pas tu depa balek aku tengok. Aku tengok depa dua ekoq tu demam. Abang ipaq aku dengan kakak aku. Aku hajak depa pi pasar malam, pasaq malam kat Jawi tu sebab aku boring, aku tak tau nak wat apa petang-petang depa bawak aku pi pasar malam. Tu aku pi la beli murtabak
|
Rafeah : hari ni. hari ni, rutin harian aku ni, aku bangun tidur lambat sikit. itu. lepas itu aku bangun tidur, tidak tahu nak buat apa semua, pergi mari, pergi mari tidak tahu nak buat apa aku tengah jaga anak saudara aku itu dia sahaja. Lepas itu aku tengok kakak aku semua keluar pergi mana tidak tahu tinggal aku. Pas tu meraka balik aku tengok. Aku tengok mereka dua ekor itu demam. Abang ipar aku dengan kakak aku. Aku ajak depa pergi pasar malam, pasar malam di Jawi itu sebab aku boring, aku tidak tahu nak buat apa petang-petang mereka bawa aku pergi pasar malam. itu aku pergi la beli murtabak
|
Ayu : Ni sat la aku nak tanya hang. Abang ipaq hang oghang mana?
|
Ayu : ini sekejap la aku nak tanya kamu. Abang ipar kamu orang mana?
|
Rafeah : Ha.. abang ipaq aku orang Sik Kedah nu. Kalau aku bawak pun hampa tak mau pi aih. Jaoh gila mampuih
|
Rafeah : Ha.. abang ipar aku orang Sik Kedah sana. Kalau aku bawa pun hampa tidak mahu pergi aih. Jauh gila mampus
|
Ayu : Ni apa nama dia gheja apa kat mana kami nak tanya hampa
|
Ayu : ini dia kerja apa di mana kami nak tanya kamu
|
Rafeah : dia gheja emegresyen kat ni, kat Penang
|
Rafeah: dua kerja imegresen di ini, di Penang |
Ayu : ooi…
|
Ayu : ooi…
|
Rafeah : bahagian passport sebab tu dia duk kat airport
|
Rafeah : bahagian passport sebab itu dia duduk di airport
|
Ayu : ha.. bahagian passport ka..
|
Ayu : ha.. bahagian passport ke..
|
Rafeah : ha.. dia duk kat bahagian passport. Sebab tu dia buleh duk kat airport
|
Rafeah : ha.. dia duduk di bahagian passport. Sebab itu dia boleh duduk di airport
|
Ayu : hampa silap kot | Ayu : hampa silap kot |
Rafeah : aku duk ghasa lagu tu yang aku tau
|
Rafeah : aku duk rasa lagu itu yang aku tahu
|
Ayu : hmm.. tak pa la macam mana pun tak pa. ni kami nak tanya hampa, depa dah kawen lama ka? Depa dah ada beghapa oghrang anak dah | Ayu : hmm.. tidak mengapa la macam mana pun tidak mengapa. ini kami nak tanya kamu, mereka dah kawin lama ke? mereka dah ada berapa orang anak dah. |
Rafeah : kakak aku yang dah kawen tiga oghang. Aku ada lima orang kakak. Sorang adik. Total semua ada tujuh oghang beghadik la no. tu yang sorang yang first tu. Kakak aku yang sulong kan
|
Rafeah : kakak aku yang dah kawin tiga orang. Aku ada lima orang kakak. Seorang adik. Total semua ada tujuh orang beradik la nor. tu yang seorang yang first itu. Kakak aku yang sulung kan
|
Ayu : ni hampa ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beghadik sebenaqnya
|
Ayu : ini kamu ni kan. Kami nak tanya hampa ni. Awat hampa cerita kami tak paham. Hampa berapa beradik sebenarnya
|
Rafeah : kami nak ceghita pasai abang ipaq kami, hang sabaq la kami dah ada tiga oghang abang ipaq dah
|
Rafeah : kami nak cerita pasal abang ipar kami, kamu sabar la kami dah ada tiga orang abang ipar dah
|
Ayu : oo.. kami paham dah
|
Ayu : oo.. kami paham dah
|
Rafeah : abang ipaq yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawen 2010. Masa tu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pulak, emm.. kawen taun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. hat ni la yang aku tengah sembang ni kawen taun ni 2013. dua haghibulan tiga haghi tu kawen. Mana nak ada anak lagi. Awai lagi.
|
Rafeah : abang ipar yang first ni. Abang ipaq yang first ni kawin 2010. Masa itu aku form lagi la. Ha. Kakak aku yang kedua pula, emm.. kawin tahun 2012. Ha.. 2012. Kakak aku yang ketiga. Ha.. yang ini la yang aku tengah sembang ni kawin tahun ni 2013. dua haribulan tiga hari itu kawin. Mana nak ada anak lagi. Awal lagi.
|
Ayu : oo.. ni aku nak tanya ni tadi hang duk kata duk ceghita mai kat kami, baguih punya kata hang pi pasar malam tu. Hang pi dengan abang ipaq hang yang mana dengan kak hang yang mana?
|
Ayu : oo.. ini aku nak tanya ini tadi kamu tengah kata tengah cerita mari ke kami, bagus punya kata kamu prgi pasar malam itu. Awak prgi dengan abang ipar awak yang mana dengan kak awak yang mana?
|
Rafeah : kak aku yang ni la yang aku duk sembang nombor tiga baru kawen ni.
|
Rafeah : kakak aku yang ini la yang aku tengah sembang nombor tiga baru kawin ini.
|
Ayu : ni aku nak tanya hang. Kami nak tanya hampa. Hampa nak pi pasar malam kat mana? Beli apa lagi banyak-banyak kat sana? Best ka?
|
Ayu : ini aku nak tanya kamu. Kami nak tanya kamu. Kamu nak prgi pasar malam di mana? Beli apa lagi banyak-banyak di sana? Best ka?
|
Rafeah : pasaq malam tu tak besaq mana sangat so aku beli pun tak banyak mana la ceghita dia.
|
Rafeah : pasar malam itu tidak besar mana sangat so aku beli pun tidak banyak mana la cerita dia.
|
Ayu : hang.. hang beli apa, hang beli pasemboq dak?
|
Ayu : awak.. awak beli apa, awak beli pasembur tak?
|
Rafeah : pasembong tu aku beli jugak la, murtabak aku beli. Lpas tu aku beli..
|
Rafeah : pasembur tu aku beli juga la, muratabak aku beli. Lepasi tu aku beli..
|
Ayu : cucoq udang.. cucoq udang
|
Ayu : cucor udang.. cucor udang
|
Rafeah : cucoq udang aku beli jugak. Tu kegemaran aku, aku suka makan jugak.
|
Rafeah : cucor udang aku beli juga. itu kegemaran aku, aku suka makan juga.
|
Bab 3
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi juga menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada responden yang berasal dari negeri Pulau Pinang iaitu di Nibong Tebal. Responden berumur 25 tahun dan 16 tahun. Responden juga merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Pulau Pinang di daerah Nibong Tebal.
3.3 Alat Kajian
Antara alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:
1. Soal selidik.
Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian “Survey Monkey”. Item-item soalan ini dimasukkan ke dalam perisian “Survey Monkey” bagi tujuan pengaplikasian komputer dalam kajian Linguistk. Soalan yang telah siap didalam perisian “Survey Monkey”akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut. Perisian “Survey Monkey” juga dapat mengira peratusan item-item soalan yang dijawab oleh responden.
2. AntConc.
Membuat analisis pembentukan kata (morfologi) dengan menggunakan perisian aplikasi AntConc iaitu dengan cara menganalisis kekerapan penggunaan kata yang ditutur oleh sampel kajian.
3. Video kamera.
Video kamera digunakan untuk merakam dan merekod gambar serta suara yang dituturkan oleh sampel kajian semasa bertutur dengan menggunakan dialek.
3.4 Prosedur Kajian
Dalam melaksanakan kajian perbezaan dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu Standard terdapat beberapa proses semasa menjalankan prosedur ini yang merangkumi aspek linguistik. Di mana aspek iaitu aspek sebutan, pembentukan kata, pembentukan ayat, makna kata dan pemilihan kata yang digunakan dalam situasi formal dan tidak formal diberi perhatian dalam kajian ini. Berikut merupakan prosedur semasa kajian dilakukan:
1) Pengkaji memilih responden yang bersesuaian dengan kajian daripada penutur natif Pulau Pinang.
2) Pengkaji meneliti setiap video yang dihasilkan responden untuk memperolehi data kajian.
3) Data rakaman video tersebut kemudiannya ditranskipsi dalam dwi-bahasa iaitu dengan mengunakan dialek dan bahasa Melayu standard.
4) Rakaman tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam perisian “Sound Cloud” unuk disimpan.
- Aspek penyebutan kata
Setelah ditranskipsi, pengkaji kemudiaannya menggunakan IPA Chart untuk mentranskipsikan dari aspek ini. Setelah itu, pengkaji membuat perbandingan perbezaan penyebutan kata yang terdapat dalam Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
- Aspek Pembentukan Kata
Seterusnya pengkaji melihat dari aspek pembentukan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.
- Aspek Struktur Ayat
Selepas itu, pengkaji melihat pula dari aspek struktur ayat yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT.
- Aspek Makna
Kemudian pengkaji melihat dari aspek makna yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikal Kata Nama dan Kata Kerja yang telah dipilih sebagai leksikal kajian menggunakan Perisian “AntConc”.
- Aspek Pemilihan Kata
Akhir sekali, pengkaji melihat dari aspek pemilihan kata yang terdapat dalam rakaman yang telah ditranskipsi. Hasil transkripsi tersebut dimasukkan dalam Notepad dan disimpan dalam format TXT. Kemudian pengkaji akan menganalisis kekerapan leksikel yang digunakan semasa proses rakaman sedang berlangsung menggunakan perisian “AntConc”.
3.5 Kesimpulan
Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang baik. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji mampu untuk menghasilkan hasil kajian yang relevan dan menepati objektif kajian.
Bab 1
Bab 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kajian ini mengkaji dialek pertuturan bahagian utara Malaysia iaitu daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil daripada nama pokok Pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.
Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).
Tumpuan utama kajian ini adalah kepada lima sub bidang linguistik iaitu Morfologi, Fonologi, Sintaksis, Semantik dan Pragmatik. Dari segi morfologi perkara yang dikaji adalah pembentukan kata, Fonologi pula dari segi sebutanya, Sintaksis perkara yang dikaji adalah tatabahasa atau pembentukan ayat, Semantik pula adalah dari segi makna katanya dan yang terakhir adalah pragmatik dari segi penggunaan bahasa mengikut situasi iaitu situasi yang dititik beratkan semasa mengkaji konteks maknanya. Kelima-lima sub bidang ini akan digunakan untuk mengkaji Nibong Tebal, Pulau Pinang.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti aspek linguistik dalam penutur dialek natif Nibong Tebal, Pulau Pinang dan sekaligus membuat perbandingan mengenai persamaan dan perbezaan aspek linguistik dalam dialek Nibong Tebal dan bahasa Melayu standard. Terdapat kajian lepas iaitu Jasmin Badrudin(2012) yang telah mengkaji mengenai dialek Kedah iaitu antara salah satu dialek utara juga, tetapi tumpuan kajian hanya tertumpu pada aspek fonetik sahaja iaitu kajian ini memanfaatkan pendekatan sosiofonetik yang memerihalkan ciri fonetik dan pengaruh sosial yang berhubung kait antara kedua-duanya terhadap realisasi pertuturan dialek ini. Seterusnya kajian dialek kedah yang dikaji oleh Fazal Mohamed Mohamed Sultan(2013) mengenai sifat kata tanya sapa melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis. Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan oleh pengkaji meliputi akan meliputi lima aspek bahasa iaitu pembentukan kata yang diujarkan oleh penutur natif Dialek Utara di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Membezakan cara sesuatu perkataan yang dibunyikan oleh penutur natif dialek Nibong Tebal dengan bahasa standard, Membezakan strukutur pembentukan ayat dalam dialek Nibong Tebal dengan Bahasa Melayu Standard, mengenalpasti cara penutur dialek Nibong Tebal menggunakan dialek mereka dalam situasi tertentu dan Mengenalpasti setiap makna yang diujarkan oleh penutur natif dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang yang mempunyai maknanya yang tersendiri. Hasil kajian yang diperoh akan dipaparkan dalam wordpress ini.
1.3 Soalan Kajian
Terdapat lima soalan kajian yang telah dikenalpasti sebelum kajian ini dilakukan iaitu:
1. Apakah perbezaan sebutan kata yang terhasil bagi sesuatu perkataan antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?
2. Apakah perbezaan pembentukan kata antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?
3. Apakah perbezaan pembentukan ayat yang digunakan dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?
4. Apakah perbezaan makna dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?
5. Apakah perbezaan pemilihan kata mengikut situasi yang berbeza di antara Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard?
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah digariskan oleh pengkaji sebelum melakukan kajian.
1. Mengenal pasti perbezaan sebutan antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
2. Mengenal pasti aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
3. Mengenal pasti aspek pembentukan ayat atau tatabahasa dalam dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
4. Mengenal pasti perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard.
5. Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza antara dialek Nibong Tebal, Pulau Pinang dengan bahasa Melayu standard daripada aspek formal dan tidak formal.
1.5 Skop kajian
kajian ini dilakukan ke atas responden yang merupakan penutur natif Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kajian ini dilakukan dengan mengkaji rakaman audio melalui perbualan dua responden tersebut. Uniknya perbualan tersebut walaupun dirakaman tidak langsung menjejeaskan struktur penggunaan dialek mereka. Hal ini kerana mereka Penutur natif dialek Nibong Tebal ini amat setia pada dialek mereka.
1.6 Kesimpulan
Dialek secara umumnya melambangkan kebudayaan yang disusuli nilai-nilai positif antara penutur. Kewujudan dialek juga menentukan jarak keakraban masyarakat di sesuatu tempat. Dialek membolehkan sesebuah masyarakat membawa kehidupan dengan bergantung kepada kesopanan dan kehalusan budi atau sebaliknya. Namun begitu, dialek yang pelbagai telah menimbulkan kerencaman bahasa dalam kehidupan masyarakat.
Muka Depan
DIALEK NIBONG TEBAL, PULAU PINANG : SUATU KAJIAN ASPEK BAHASA
NURSYAKIRAH BINTI NORDIN (A137318)
PENSYARAH :
DR. ZULKIFLI BIN AHMAD
PROJEK INI DISEDIAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN
KURSUS SKBL2113 – APLIKASI KOMPUTER DALAM KAJIAN LINGUISTIK
PUSAT PENGAJIAN BAHASA DAN LINGUISTIK
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 2 – SESI 2012/2013
Pengenalan SKBL2113
Assalamualaikum dan Salam Sejatera
Pada semester kedua tahun 2 ini sekali lagi kami mengambil kursus bersama Dr.Zulkifli Ahmad.
Kursus pada kali ini iaitu SKBL2113 Aplikasi Komputer dalam Kajian Linguistik.
Dalam kursus ini terdapat kajian linguistik dan juga kajian kemanusiaan berdasarkan teks. Pelbagai perisian digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja dan menganalisa data, walaupun data bahasa yang dianalisis dalam jumlah besar. Pada semester ini juga data bahasa yang digunakan perlu dimasukan ke dalam perisian Soundcloud. Pengkaji telah memilih dialek Kedah, daerah Alor Setar untuk dikaji berdasarkan vidoe yang dihasilkan oleh mtlufi90 atau nama sebenar beliau Ahmad Lutfi. Merupakan seoarng Vlog yang aktif menghasilkan vidoe-video yang mengandungi seribu pengajaran yang berguna buat kita semua.
Tujuan kursus ini adalah :
- Mengenalpasti dan menggunakan perisian yang diperkenalkan untuk melakukan analisis persoalan linguistik yang diberikan.
- Membincangkan dan menilai kelemahan dan kekuatan perisian yang telah diperkenalkan untuk tujuan analisis linguistik.
- Menyiasat dan menghuraikan persoalan linguistik dengan menggunakan perisian
Dari segi penilaian pula adalah seperti berikut :
Item |
Peratus/Percentage |
|
30 |
|
40 |
|
30 |
Jumlah | 100 |
Harapan saya semoga kursus ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat dan dijadikan panduan untuk digunakan di masa hadapan kelak.
Sekian, Terima Kasih.
Penilaian Kursus SKBP1023
Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah mengurniakan segala nikmat ke atas hambamu yang daif ini. Mudah-mudahan setiap hariku dipenuhi dengan segala Rahmat dan kasih sayangMu. Jadilahkan permulaan hariku penuh dengan kebaikkan dan diakhiri hariku dengan penuh kejayaan.
Sebelum bermula coretan penilaian SKBP 1023 saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya bagi subjek Bahasa & Teknologi maklumat iaitu Dr. Zulkifli Ahmad kerana telah mencurahkan ilmu dan tenaga sepanjang semester sesi 2011/1012. Seterusnya saya akan mulakan penilaian saya terhadap kursus ini. Pada permulaannya saya menganggap kursus ini amatlah sukar kerana perlu mengaplikasikan teknologi maklumat dalam bahasa.
Bagaimanakah caranya? saya sendiri tidak tahu. Namun setalah diberi penerangan serta tunjuk ajar, saya telah mendapat pelbagai ilmu baru yang dapat membantu saya dalam bidang ini iaitu bidang Linguistik. Di dalam blog ini, saya telah berkongsi segala ilmu yang dipelajari iaitu bermula dengan cara penulisan dalam blog, sesebelum ini saya hanya mengetahui tentang blogspot sahaja setelah mempelajari kursus ini saya telah mampu mengendali dan memiliki blog sendiri melalui WordPress.
Selain itu saya juga telah mengetahui cara membuat soal selidik online yang menggunakan perisian SurveyMonkey iaitu sangat mudah dan berkesan. Saya tidak perlu lagi bersusuh payah memikirkan cara untuk mengumpul dan meneliti soalselidik kerana semuanya berada dihujung jari dengan satu klik sahaja.
Tambahan lagi apa yang terbaru saya dapati dalam kursus ini adalah perisaian Antconc iaitu dapat menganalisis kekerapan kata dalam sesebuah teks. Jika dahulu kita perlu teliti teks secara manual, sekarang tidak perlu lagi hanya dengan memiliki perisaian ini kita mampu untuk mengkaji kekerapan sesuatu kata.
Walaupun begitu saya juga ingin memberi pendapat pelajar yang merasa kursus ini membosankan dan tidak menarik adalah disebabkan tiada minat dan kesungguhan dalam diri pelajar untuk mendalami ilmu ini. Hal ini kerana apabila sesuatu pembelajaran yang berkaitan dengan teknologi pelajar lebih cenderung untuk tidak memilihnya tetapi jika teknologi maklumat berkaitan dengan hiburan maka ramailah yang suka sekali untuk mengambil tahu. Saya Nursyakirah binti Nordin pelajar kursus Bahasa & Teknolgi Maklumat ini memohon sejuta kemaafan andai terdapat salah silap ketika di dalam kelas mahupun semasa penulisan blog ini.
Sekian, terima kasih
Responden 5 (Neurotik)
a) Berdasarkan soal selidik yang kedua didapati responden telah menjawab 5 daripada 7 soalan adalah cenderung ke arah personaliti neurotik.
– Soalan 3 responden cenderung ke arah personaliti menyenangkan perasaan
– Soalan 5 responden cenderung ke arah personaliti berfikiran terbuka
-Soalan 6 (image) responden cenderung ke arah ekstrovert
– Soalan 7 pula responden tidak meletakkan sebarang jawapan. Saya berpendapat responden tidak mahu personalitinya didedahkan maka responden mengmbil keputusan meletakkan tidak berkaitan dengannya.
– Soalan 5 responden cenderung ke arah personaliti ekstrovert
– Soalan 1, soalan 2 dan soalan 4 responden telah memberi jawapan selain daripada pilihan yang terdapat dalam soal selidik. Saya mengklasifikasikan jawapan yang diberi cenderung ke arah neurotik.
Hal ini kerana jawapan yang diberikan pada soalan 1 menunjukkan responden merasa bangga dengan keputusan yang dimilikinya berbanding rakannya yang kurang cermerlang walaupun setelah rakannya berusaha.
Soalan 2 pula jawapan yang diberikan adalah bersifat peribadi sedangkan soal selidik bukanlah situasi yang sebenar. Hal ini telah menunjukkan responden sangat sensitif maka responden berpersonaliti neurotik.
Manakala bagi soalan 4, responden telah meletakkan peribahasa Inggeris iaitu “don’t judge a book by its cover” yang menunjukkan responden tidak suka dinilai dalam apa-apa bentuk termasuk soal selidik ini.
= 40% / 70% x 100%
= 57%
b) Berdasarkan soal selidik ke atas rakan responden pula iaitu soal selidik yang ketiga didapati rakan responden telah menjawab 6 dari 7 soalan menunjukkan responden seorang yang neorotik.
– Soalan 1, soalan 2, soalan 3, soalan 5, soalan 6 (image) dan soalan 7 (image) akan responden cenderung menyatakan responden seorang yang berpersonaliti neurotik
– Soalan 4 rakan responden cenderung menyatakan responden menyenangkan perasaan
= 60% / 70 % x 100%
= 86%
Berdasarkan dapatan kajian soal-selidik menggunakan SurveyMonkey responden cenderung berpersonaliti neurotik, manakala teman responden juga menyatakan responden berpersonaliti neurotik Maka di sini purata jawapan yang diberikan oleh responden sendiri serta rakannya adalah berbeza iaitu sebanyak 29% yang telah menyatakan responden seorang yang berpersonaliti neurotik.
Kesimpulannya seperti mana saya telah andaikan responden mempunyai berpersonaliti neurotik adalah hampir tepat kerana setelah dicampur dan dibahagi dua, peratus jawapan responden dan jawapan rakan responden adalah melebihi 50% dan kurang daripada 75%= 57% + 86% / 2
= 72%
c) Berikut saya sertakan bukti survey yang telah dijalankan :
Responden 4 (Menyenangkan Perasaan)
a) Berdasarkan soal selidik yang kedua didapati responden telah menjawab 1 daripada 7 soalan adalah cenderung ke arah personaliti menyenangkan perasaan.
– Soalan 1,soalan 2 dan soalan 5 responden cenderung ke arah personaliti ekstrovert
– Soalan 3 dan soalan 6 responden cenderung ke arah personaliti berfikiran terbuka
– Soalan 4 responden cenderung ke arah personaliti menyenangkan perasaan
– Soalan 7 (image) responden telah memilih cenderung ke arah personaliti neurotik
= 10% / 70% x 100%
= 14%
b) Berdasarkan soal selidik ke atas rakan responden pula iaitu soal selidik yang ketiga didapati rakan responden telah menjawab 5 dari 7 soalan menunjukkan responden seorang yang menyenangkan perasaan.
– Soalan 1, soalan 4, soalan 3, soalan 5, soalan 6 (image), dan soalan 7 (image) akan responden cenderung menyatakan responden seorang yang menyenangkan perasaan
– Soalan 6 (image) rakan responden cenderung menyatakan responden seorang yang berhemah
– Soalan 4 rakan responden cenderung menyatakan responden menyenangkan perasaan
– Soalan 7 rakan responden cenderung menyatakan responden ekstrovert
= 50% / 70 % x 100%
= 71%
Berdasarkan dapatan kajian soal-selidik menggunakan SurveyMonkey responden cenderung berpersonaliti ekstrovert, manakala teman responden pula menyatakan responden berpersonaliti menyenangkan perasaan. Maka di sini purata jawapan yang diberikan oleh responden sendiri serta rakannya adalah berbeza iaitu sebanyak 57% yang telah menyatakan responden seorang yang berpersonaliti menyenangkan perasaan.
Kesimpulannya seperti mana saya telah andaikan responden mempunyai berpersonaliti menyenangkan perasaan adalah kurang tepat kerana setelah dicampur dan dibahagi dua, peratus jawapan responden dan jawapan rakan responden adalah melebihi 25% dan kurang daripada 50%