Item Soalan

a) Item Soalan Soal Selidik kepada Responden

1. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan anda mendapati keputusan peperiksaan anda sangat rendah.Reaksi pertama anda?
a) Saya tidak kisah akan keputusan peperiksaan saya malah lebih berminat untuk mengetahui keputusan peperiksaan rakan-rakan lain.
b) Saya berasa tetap berpuas hati kerana saya telah membuat yang terbaik walaupun keputusan tersebut tidaklah mencapai tahap yang saya inginkan.
c) Saya akan terus mengambil iktibar dan berusaha dengan lebih gigih.
d) Saya akan memujuk diri saya supaya tidak berputus asa.
e) Saya berasa sangat tidak berpuas hati kerana saya telah berusaha sebaik mungkin dan pemeriksa tersebut yang telah tersilap menanda.
2. Apabila teman istimewa anda telah memutuskan hubungan dengan anda tanpa alasan yang kukuh. Reaksi anda?
a) Saya akan meminta si dia untuk menjelaskan kembali dengan lebih terperinci mengapa hubungan kami diputuskan.
b) Saya akan terima dengan seadanya kerana menganggap si dia sudah tidak mahukan saya lagi.
c) Saya akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum memilih teman istimewa.
d) Saya tetap tenang menerima keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.
e) Saya akan berasa sangat kecewa dan marah.
3. Anda sering terlihat kesan-kesan lebam dan calar pada anggota badan rakan baik anda.
TIndakan anda?
a) Saya akan terus bertanya kepada rakan baik saya tentang bagaimana kesan-kesan tersebut wujud.
b) Saya akan menyiasat terlebih dahulu sebelum menanyakan hal tersebut kepada rakan baik saya.
c) Saya akan segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan kerana bimbang akan keselamatan rakan baik saya.
d) Saya akan sentiasa bersama rakan saya dalam menunggu masa yang sesuai untuk bertanya kepadanya tentang kesan-kesan tersebut.
e) Saya tidak akan bertanya apa-apa pun kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan orang lain.
4. Di kawasan perumahan anda sering singgah makan di sebuah gerai kecil yang rasa makanannya sangat enak. Setelah beberapa hari berlalu anda diberitahu jiran-jiran bahawa gerai itu milik seorang
wanita yang merupakan bekas banduan. Reaksi anda?
a) Saya tidak kisah kerana yang penting rasa makanannya enak.
b) Saya akan segera melaporkan kepada JKK kawasan perumahan saya supaya lebih berjaga-jaga.
c) Jika singgah ke gerai tersebut saya akan menanyakan kebenaran cerita yang saya pernah dengar tentang wanita itu.
d) Saya akan tetap membeli makanan di gerai tersebut kerana ingin membantu banduan yang mahu mulakan hidup yang baru.
e) Saya akan segera menjauhi gerai tersebut dan jika berkemampuan mahu saja saya pindah dari situ.
Kesesakan lalulintas yang sering berlaku di ibu kota
Image as described above
5. Berdasarkan gambar di atas, cuba bayangkan apakah perasaan anda ketika berada dalam situasi tersebut?
a) Saya tidak kisah pun kerana sudah biasa dengan situasi ini.
b) Saya akan memandu dengan penuh berhati-hati.
c) Saya tetap besabar walaupun kesabaran saya ada batasnya.
d) Saya sentiasa memberi laluan kepada orang lain dalam situasi ini.
e) Saya akan mula naik angin dan membunyikan hon.
Gambar abstrak yang menjadi pilihan anda ialah :
Image as described above
6. Pilihan nombor gambar dari kiri ke kanan
Pilihan nombor gambar dari kiri ke kanan  1 2 3 4 5 6 7 8 9
Watak anime Naruto yang terdiri daripada pelbagai personaliti
Image as described above
7. Berdasarkan watak-watak di atas, yang manakah antara watak-watak tersebut anda rasa berkaitan dengan personaliti anda.

b) Item Soalan Soal Selidik kepada Peminat Responden

1. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan anda mendapati rakan anda memperoleh keputusan peperiksaan yang sangat rendah. Reaksi pertama rakan anda?
a) Dia tidak terlalu kisah akan keputusan peperiksaan sendiri malah lebih berminat untuk mengetahui keputusan peperiksaan rakan-rakan lain.
b) Dia tetap berasa puas hati kerana dia telah membuat yang terbaik walaupun keputusan tersebut tidaklah mencapai tahap yang diingini.
c) Dia akan terus mengambil iktibar dan berusaha dengan lebih gigih.
d) Dia akan memujuk diri sendiri supaya tidak berputus asa.
e) Dia berasa sangat tidak berpuas hati kerana telah berusaha sebaik mungkin dan menyalahkan pemeriksa kerana telah tersilap menanda.
Other (please specify)
2. Apabila teman istimewa rakan anda telah memutuskan hubungan dengannya tanpa alasan yang kukuh.
a) Dia akan meminta penjelasan kembali dengan lebih terperinci mengapa hubungan mereka diputuskan.
b) Dia akan terima dengan seadanya kerana menganggap temannya sudah tidak mahukan dia lagi.
c) Dia akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum memilih teman istimewa.
d) Dia tetap tenang menerima keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.
e) Dia akan berasa sangat kecewa dan marah.
3. Kami sering terlihat kesan-kesan lebam dan calar pada anggota badan rakan baik kami.
TIndakan dia?
a) Dia akan terus bertanya kepada rakan baik kami tentang bagaimana kesan-kesan tersebut wujud.
b) Dia akan menyiasat terlebih dahulu sebelum menanyakan hal tersebut kepada rakan baik kami.
c) Dia akan segera melaporkan kepada pihak yang berkenaan kerana bimbang akan keselamatan rakan baik kami.
d) Dia akan sentiasa bersama rakan kami bagi menunggu masa yang sesuai untuk bertanya kepadanya tentang kesan-kesan tersebut.
e) Dia tidak akan bertanya apa-apa pun kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan orang lain.
4. Di kawasan perumahannya dia sering singgah makan di sebuah gerai kecil yang rasa makanannya sangatenak. Setelah beberapa hari berlalu dia telah diberitahu jiran-jirannya bahawa gerai itu milik seorang
wanita yang merupakan bekas banduan. Reaksi dia?
a) Dia tidak kisah kerana yang penting rasa makanannya enak.
b) Dia akan segera melaporkan kepada JKK kawasan perumahannya supaya lebih berjaga-jaga.
c) Jika singgah ke gerai tersebut dia akan menanyakan kebenaran cerita yang pernah dengarnya tentang wanita itu.
d) Dia akan tetap membeli makanan di gerai tersebut kerana berkeinginan membantu banduan yang mahu mulakan hidup yang baru.
e) Dia akan segera menjauhi gerai tersebut dan jika berkemampuan mahu saja dia pindah dari situ.
Other (please specify)
Kesesakan lalulintas yang sering berlaku di ibu kota
Image as described above
5. Berdasarkan gambar di atas, cuba bayangkan apakah perasaan rakan anda ketika berada dalam situasi tersebut?
a) Dia tidak kisah pun kerana sudah biasa dengan situasi ini.
b) Dia akan memandu dengan penuh berhati-hati.
c) Dia tetap besabar walaupun kesabaran saya ada batasnya.
d) Dia sentiasa memberi laluan kepada orang lain dalam situasi ini.
e) Dia akan mula naik angin dan membunyikan hon.
Gambar abstrak yang menjadi pilihan anda bagi menggambarkan personaliti rakan anda ialah :
Image as described above
6. Pilihan personaliti di atas mestilah berdasarkan personaliti rakan anda.
Pilihan personaliti di atas mestilah berdasarkan personaliti rakan anda.
Watak anime Naruto yang terdiri daripada pelbagai personaliti
Image as described above
7. Berdasarkan watak-watak di atas, yang manakah anda rasa berkaitan dengan personaliti rakan anda.
Berdasarkan watak-watak di atas, yang manakah anda rasa berkaitan dengan personaliti rakan anda.
 

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s